Langkah kaki Nur Indah Salwah sedang berjalan pulang ke rumah terhenti seketika tatkala dia mendengar satu suara yang agak gerun di belakang bangunan lama bengkel RBT dilaluinya. Hati ingin tahu punca suara tersebut tetapi fikiran menyuruhnya agar mengendah sahaja suara itu.
Tolong~
Suara yang halus semakin jelas didengari seperti seorang yang memerlukan bantuan dengan segera. Hati terus berlawan dengan fikiran, akhirnya indah mengikut kata hatinya untuk pergi ke belakang bengkel. Fikiran mula melayang akan cerita seram yang pernah terjadi di belakang bengkel ini dan dia juga pernah mendengar ada ular di tempat tersebut. Hati dia mula berkata-kata bahawa dia perlu pergi juga ke tempat itu walau akibat yang berlaku di kemudian nanti dia perlu menghadapinya. Jikalau benda seram yang dia fikirkan sekarang tidak apa kalau ada orang yang betul-betul memerlukan bantuan bagaimana?
Terbutang mata Indah melihat seorang lelaki yang cuba untuk membuat perkara tidak senonoh kepada seorang pelajar perempuan. Dan paling dia tak sangka pelajar perempuan itu ialah kawan sekelas dia semasa di tingkatan 2. Arien Melissa!
Diri cuba kuatkan semangat untuk menghalang lelaki tersebut dari menyentuh muka Arien dengan menegur mereka. Teguran dia itu malah mendapat sindiran daripada lelaki tersebut.
Kaki dikuatkan untuk mara ke hadapan walaupun badan sudah menggeletar ketakutan. Melihat muka dua orang lelaki itu sudah mengakibatkan perasaan takut dalam diri mula muncul. Lelaki yang berada berdekatan dengan Arien muka seperti seorang gangster seorang lagi nampak seperti baik tetapi pandangan tajam itu membuatkan indah seram sejuk. Sampai sahaja di hadapan mereka indah mencabut kedua belah kasutnya lantas dibaling ke arah muka mereka berdua .
Merengus kasar mereka akibat balingan indah tepat terkena di muka mereka berdua. Indah terus menarik tangan Arien untuk beredar daripada tempat itu tetapi melihat mereka berdua ingin mengejar dia berserta Arien, Indah terus melempar beg sekolahnya ke arah lelaki yang tadi memandang tajam ke arah dia tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana lelaki tersebut sempat mengelak. Larian mereka tidak boleh menandingi kedua lelaki itu sehingga lelaki yang dia katakan muka gangster sempat menarik tangan Arien. Indah yang cuba menarik kembali tangan Arien tidak berjaya akibat dihalang oleh seorang lagi lelaki.
"Kau ni tak padan dengan betina!" Marah lelaki yang bernama Ammar Faiq sempat mata menangkap tanda nama lelaki itu. Manakala lelaki yang sedang memegang lengannya pula bernama Aiman Thaqib.
Mereka berdua meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi gagal akibat tenaga kedua lelaki itu lebih kuat.
"Sayang~ awak janganlah lari dari saya. Awak tahu kan saya sayang sangat dekat awak"
Arien mempamerkan muka jelek tatkala mendengar ayat yang tidak beberapa manis Faiq.
"Auch!"
Arien dan Faiq lantas berpaling ke arah suara yang mengaduh kesakitan. Terkejut mereka berdua melihat Aiman sudah mencium bumi.
"Weh betina! Apa yang kau buat!" Maki Faiq melihat rakan karibnya yang terbaring di tanah dan juga dapat dilihat hidung Aiman mengeluarkan cecair merah. Terus dia menolak kasar tubuh Arien ke Tanah. Tidak kisahlah orang yang dia suka jatuh asalkan dia dapat membalas dendam. Kawan dia lebih penting berbanding Arien sekarang ini!
Indah yang melihat Faiq semakin menghampiri dia cuba membuka langkah untuk pertahankan dirinya. Sempat dia menjeling ke arah Arien, matanya membutang kerana melihat ada kesan merah di tudung Arien dan juga mata gadis itu sudah tertutup rapat. Fikirannya yang tadi ingin bersiap sedia untuk mempertahankan diri daripada Faiq terbatal kerana melihat rakannya berada dalam keadaan demikian.

ANDA SEDANG MEMBACA
Renjana
RomanceDetak jantung semakin laju berserta peluh mula merecik tatkala ruangan di dalam stor ini sudah menjadi gelap. Lantas suara Indah keluar untuk meminta pertolongan agar seseorang membuka pintu. Malangnya tiada sesiapa di luar yang dapat membantunya...