Haechan kembali teringatkan memori pahit lamanya bersama haebyul,adik kembarnya.
06/06/2019
Hari itu,langit seakan memahami perasaan haechan dan haebyul.
kedua-duanya meronta-ronta dalam diam,cuba menahan tangisan.
terpaksa berpisah,untuk kebaikan masing-masing.
Haechan perlu ke luar negara untuk menyambung pelajarannya.
Haebyul perlu kekal di sini untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Sungguh Haechan dan Haebyul tidak sanggup berpisah,tetapi keputusan sudah dibuat oleh kedua ibu bapa mereka.
Di saat mereka tiba di lapangan terbang,Haebyul masih memegang tangan Haechan dengan erat.
Tidak sanggup untuk berpisah dengan separuh nyawanya.
Haechan hanya mampu mengusap lembut tangan Haebyul menggunakan ibu jarinya.
Mahu sahaja Haechan lari bersama Haebyul,melupakan segala rancangan hidupnya yang sudah diatur rapi.
Di saat pengunguman pesawat milik haechan diumumkan,genggaman tangan mereka berdua semakin kuat.
Enggan melepaskan tangan satu sama lain,takut untuk berpisah.
Haebyul dengan lemah melepaskan genggaman tangan mereka berdua,seakan merelakan pemergian haechan.
Haebyul dengan segera mengeluarkan sebuah buku kecil dan mengambil sebatang pen dan menulis sesuatu
"Haebyul akan tunggu abang,byul sanggup tunggu abang walaupun makan masa bertahun-tahun."
Haebyul memandang tepat ke arah mata haechan yang kini sudah mulai penuh dengan air mata.
Haebyul menyambung lagi ayatnya.
"Jangan risau,byul akan tunggu abang macam mana byul tunggu abang untuk keluar dari hospital tu"
Haebyul menundukkan wajahnya,seketika kemudian tubuh badan haechan dipeluk erat oleh tubuh kecil milik haebyul.
pelukan hangat itu seakan menenangkan mereka berdua buat seketika walaupun pada hakikatnya pelukan itu adalah pelukan terakhir sebelum perpisahan mereka berdua.
"Tunggu abang balik tau byul,kita dah janji nak tengok langit malam yang penuh dengan bintang sama-sama"
Haechan mengusap lembut pipi adik kembarnya itu.
"Kalau rindu abang,byul tengok matahari dan kalau abang rindu byul,abang akan tengok bintang"
YOU ARE READING
[✔] FullStar | Lee Haechan
Fanfiction^ surat daripada aku,sang penggemar bintang kepada kamu,sang matahari yang menyinari hari hari ku