☕6

117 24 2
                                    


______Happy reading______


-Jaemin pov-

Selepas sahaja kelas, kitaorang terus bergerak balik ke rumah masing-masing.Tapi sebelum aku pulang ke rumah,aku nak pergi ke satu tempat.Aku nak pergi ke tempat favourite aku.Cuba korang teka, tempat apa tu?

Aku pun memandu keretaku ke tempat itu.Sambil memandu kereta,aku menyanyi mengikut rentak lagu yang disiarkan di radio itu.Dalam 5 minit macamtu,aku sampai di depan tempat itu.Tapi hampa.Tempat favourite aku iaitu cafe telah tutup.Bukan tutup sekejap,tutup untuk selamanya.Cafe itu tidak lagi berniaga disitu.

'Ahhhh,nak nangis lah'bisik hati Jaemin.Jaemin memuncungkan bibirnya itu seperti itik.Dia sedih,tempat dia selalu beli coffee dah takde.Sekarang dia nak beli coffee kat mana lagi.Coffee kedai ni merupakan coffee favourite Jaemin.

Jaemin masih minum coffee sekarang.Jaemin berfikir seketika,kemudian dia mendapat idea.Apa kata dia try coffee kat cafe-cafe sekitar sini ke.Kot-kot sedaplah kan.Lepastu dia berjalan beberapa langkah dan dia ternampak sebuah cafe yang agak cantik.Dia pun memasuki cafe itu sambil melihat sekeliling cafe itu.Dia tidak pernah membeli coffee di cafe ini.Ini  merupakan kali pertama dia membeli coffee dicafe yang lain selain cafe favourite dia itu.Tapi,apa nak buat.Cafe tu dah tutup.

Dia pun melangkah ke kaunter untuk memesan coffee favouritenya itu.Dia berdiri di depan kaunter itu dan ketika dia mengangkat mukanya untuk memesan coffee dia terkejut ada seseorang yang dia kenali disitu.Dia memandang orang didepannya itu dengan mata yang tidak berkelip.

-Bora pov-

Keadaan cafe agak lengang sedikit kerana sekarang sudah petang.Pelanggan didalam cafe agak sedikit berbanding tadi.Melihat pelanggan sudah berkurang sedikit,aku mula duduk di sebuah kerusi di kaunter itu.Aku berehat sekejap kerana penat melayan pelanggan yang datang tadi.

Kak Seulgi dan Yuna pun duduk di kerusi.Mereka juga penat kerana berbagai jenis minuman mereka kena buat tadi.Aku juga ada membantu mereka membuat minuman tadi.Tak sampai berapa minit kami berehat,kami terdengar bunyi loceng pintu masuk menandakan ada pelanggan yang datang.Kami pun segera bangun untuk menyambut kedatangan pelanggan dan mula bekerja semula selepas berehat untuk beberapa minit.

Aku berdiri di kaunter untuk mengambil pesanan pelanggan yang baru sahaja datang itu.Aku bertanya,dia mahu memesan apa.Dia mengangkatkan kepalanya yang ditundukkan tadi.Apabila dia mengangkatkan kepalanya,dia memandang aku dengan mata yang tidak berkelip.

_To be continued_


_______________++++++++________________

Siapakah itu?Cuba para readers teka.

Chapter seterusnya merupakan chapter last.

Jangan lupa vote, comment dan follow ye korang.♥️♥️

Byebye

We Meet Again-Na JaeminWhere stories live. Discover now