bab 3

4 1 0
                                    

Ain terdiam memandang wajah pencuri tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ain terdiam memandang wajah pencuri tersebut.seorang remaja yang barangkali berumur 13 tahun dengan wajah yang kotor seperti baru bermain dalam lumpur. Di tangannya kelihatan secebis roti yang dia curi dan sebahagian lain telah tercampak ke tepi jalan.Perasaan Ain tadinya yang panas membara dengan serta merta hilang dan diganti pula dengan rasa kasihan melihat nasib remaja itu.

Dia kemudiannya menghulurkan tangan untuk membantu remaja itu bangun.Tampak wajah remaja itu kepelikan.Masakan dia tidak marah akan dirinya yang mencuri roti itu? Sehingga sudi membantunya lagi? lambat-lambat tangannya menerima bantuan tersebut.
Dia bangun sambil matanya berkedip-kedip melihat Ain.

Ain berlalu ke motosikalnya dan mengambil plastik yang berisi sebuku roti berserta kaya.Dia memberikanya kepada remaja itu "Lain kali kalau nak...jangan mencuri,tak baik.Ada luka dekat mana-mana tak?"Ain kemudiannya membelek-belek tangan remaja itu.Remaja itu terdiam."Biar betul akak ni??tak marah aku langsung?"desis hatinya.
Dia kemudian menarik tangannya dari pegangan tangan Ain dan menggeleng.

"Jangan takut,saya cuma nak tolong....ermm..nama saya Ain.Nama awak?"tanya Ain.Remaja tersebut hanya terdiam sambil merenung Ain seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. "Awak..boleh cakap tak?"tanya Ain lagi.

Dia tidak menjawab sebaliknya terus berlari ke arah semak berdekatan.Ain cuba mengejarnya namun dia berhenti ketika melihat kelibat remaja itu hilang dari pandangan.Dia menandang ke sekeliling..Nampaknya Hari dah semakin gelap.Dia pun berlari berpatah balik ke kawasan jalan.Dia harus pulang segera sebelum masuknya waktu magrib..berlari dia mengheret motosikalnya untuk pulang ke rumah.Kelihatan sepasang mata hanya memerhatikan tindakan Ain.

Usai solat isyak ain merenung ke luar tingkap."siapa
Dia?kenapa die macam tu?"pelbagai soalan timbul di benak fikirannya."Ah,biarlah..tidur dulu esok nak sekolah" lampu bilik ditutup.Tidak sabar dirinya untuk hadir ke sekolah baru esoknya.

*Terima kasih kerana sudi membaca episod ini..maaf agak pendek..kerana part seterusnya agak panjang.inshaalah akan post secepatnya.
*Vote dan comment anda sangat saya hargai.terima kasih:3

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 30, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seribu Satu RahsiaWhere stories live. Discover now