BAB 2

14 3 15
                                    

"Peacee" tiba-tiba seorang lelaki yang entah dari mana datang mengganggunya yang sibuk selfie sendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Peacee" tiba-tiba seorang lelaki yang entah dari mana datang mengganggunya yang sibuk selfie sendirian.Terpegun seketika Ain bila melihat lelaki yang dilihatnya itu.seorang lelaki yang berumur sebaya dirinya mungkin,dengan berpakaian casual dengan hoodie turquoise dan seluar jeans .cukup untuk menampakkan ketampanannya walau hanya berpakaian biasa-biasa."Eh..sorry salah orang..saya ingat kawan saya tadi.. sorry-sorry..."dia menundukkan kepalanya sedikit dan terus berlalu pergi.barangkali malu kerana tersalah orang.Ain mengurut dadanya.rasa terkejut masih lagi belum hilang.Dia cuba menenangkan dirinya dengan berlalu ke tempat lain.Tetapi seketika dia berpaling melihat kelibat orang itu sebelum kembali mencari kedai yang dikatakan ibunya.

"Aishh..mane kedainye nih..Anis pon kenapalah tak suruh  Angah je...die kan lelaki..ni suruh aku jugak ...dahlah aku tak tahu jalan sini..."die mengurut kepalanya.naik pening dia melihat kedai-kedai sekeliling."Budak ni kan..kenape tak bagi waze ke ape...order dari abang foodpanda kan lagi senang..haduh." Ain mengomel lagi sendirian.
"Hai,awak baru pindah sini ya? Nak saya tolong?"Tiba-tiba seorang gadis Cina yang manis wajahnya menawarkan diri untuk menghulurkan pertolongan.Ain memandang seketika sambil tersenyum dan menunjukkan kertas bertulis nama kedai yang dicarinya."ouh..ini dekat saja.come, let me show you".Dengan ramah gadis itu menegur dan mengajak Ain mengikutinya.Rupa-rupanya kedai tu hanyalah di seberang jalan dari tempat yang dia berdiri dari tadi."Terima kasih."Ain sopan berkata.gadis itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

"Aduh..malunya...padahal dekat je."Desis hati Ain.Setelah selesai membeli,dia menegur kembali gadis tadi yang sedang menunggu air CoolBlognya siap.Kebetulan pula kedai CoolBlog itu berada betul-betul di sebelah kedai yang dicarinya itu.Ain memberanikan dirinya untuk menyapa."Hai..saya Ain,baru je pindah sini semalam. Selamat berkenalan." Gadis itu pun tersenyum dan menghulurkan tangan."Hai,saya May Shin,boleh panggil May atau shin. Saya tinggal di sini juga,selamat berkenalan."Awak...pelajar lagi kan? Awak sekolah dekat mana?"Ain mesra bertanya.Dia mula berasa selesa dengan May kerana dia dapat merasakan  May adalah orang yang baik dan peramah."yup,saya sekolah dekat SMK seri Cendana. Dekat sana tu."May menunjukkan sebuah sekolah yang kelihatan tidak terlalu jauh dari pekan yang mereka duduki."ouh...eh jap..SMK Seri Cendana....kalau tak silap saya pindah kat sekolah tu jugak."Ain berseloroh."wahh...awak pon sekolah sini.so kita jadi kawan sesekolah lah kan."May semakin semangat berkata-kata.Exited dia bila tahu kebetulan Ain akan bersekolah di sana.Ain tersenyum senang sambil mengangguk."Eh,dah lewat ni.saya balik dulu ya.Jumpa dekat sekolah nanti.bye..."Ain melambai sebelum berlalu pergi ke tempat dia memarkir motosikalnya.

Ketika hampir di simpang ke rumahnya tiba2 terdengar bunyi letupan kecil dan tiba2 motosikalnya menjadi hilang kawalan.Mujur saja Ain bijak bertindak dengan menekan brek secara perlahan-lahan.dia kemudian menongkat motosikalnya."Alamak...tayar pancit pulak...macam mana ni...aduh."Ain pelik,macam mana tayar boleh tiba2 meletup? Dia cuba berjalan ke selekoh tersebut untuk meminta tolong namun kawasan tersebut hanya senyap sunyi. Rumah-rumah di sana pun agak jauh dari simpang tersebut.Dia pasrah dan berpatah balik ke motosikalnya.
Dari jauh dia melihat ada seseorang sedang menggeledah barangan di dalam raga motosikalnya.."Hei pencuri!"Ain menjerit dengan kuat. Pencuri itu tersentak lalu cuba melarikan diri.Tetapi langkah Ain lebih cepat dari pencuri itu.Mana tidaknya,Ain adalah juara acara lumba lari 3 tahun berturut-turut di sekolah lamanya.Memang tidak dapat larilah pencuri itu. Ain segera menarik baju pencuri itu dari belakang.Dia tersentak lalu jatuh berguling bersama sama di jalan.Ain kemudian bangun dan bergegas menahan pencuri itu.Terdiam Ain apabla melihat wajah pencuri itu.

Apa yang telah terjadi?
Mengapa Ain terdiam? Adakah kerana wajah pencuri itu sangat kacak sehingga membuat Ain terpesona? Atau wajahnya sungguh ngeri??
Hahahah..saja mahu kasi saspen😂😂

Bersambung di episod seterusnya.😉

*Sorry kalau gurauan agak annoying🙃🙃

*Maaf jika ada kekurangan dan sebarang teguran dan tips sangat saya alu-alukan daripada korang😍

*Vote dan komen dari kalian amat saya hargai..terima kasih😋

Seribu Satu RahsiaWhere stories live. Discover now