"Pin, pin!"
Lamunanku terhenti apabila suamiku membunyikan hon kereta. Entah apa masalah kereta didepanku tidak bergerak. Walhal lampu hijau sudah menyala. Suamiku terus memotong kereta tersebut. Kami sudah terlambat untuk berjumpa dengan penjual rumah yang kami akan pindah nanti. Perumahan SKY Castle. Perumahan yang hanya orang-orang elit sahaja boleh berpenghuni disitu. Kenapa aku berpeluang untuk tinggal disitu? Aku hanyalah seorang private detective. Ini semua kerana suamiku. Dia mempunyai latar belakang keluarga yang daripada golongan atasan dan dia bekerja sebagai seorang doktor dia hospital besar dia kota ini. Dan hampir terlupa, aku mempunyai seorang anak lelaki Dareum, yang sudah berada di tahun akhir sekolah tinggi.
Sesampainya kami di bangunan yang tinggi yang merupakan pejabat penjual rumah itu, kami terus ke kaunter menyatakan yang kami ada membuat temujanji dengan Puan Seo.
"wahh dia mesti seorang yang hebat dan kaya jika kita perlu buat temujanji untuk berjumpa dengannya." dareum melihat sekeliling ruang itu dengan wajah yang kagum. Aku hanya senyum melihat gelagatnya. Dalam beberapa detik petugas dia kaunter itu mengiring kami ke pejabat Puan Seo.
***
Setelah selesai urusan dia sana, kami terus bergerak ke perumahan itu. Kawasan perumahan yang dijaga oleh pengawal keselamatan itu sunyi sepi seperti tidak berpenghuni. Terdetik di hatiku penghuni di sini pasti sangat pentingkan privasi, mungkin. Kawasan disini tidak menggambarkan perumahan yang biasa dilihat seperti dia kejiranan rumah lamaku. Tiada langsung kanak-kanak yang bermain diluar. Padahal sekarang baru pukul 4.30 petang, waktu beriadah. Cuma kelihatan beberapa orang yang sedang berjoging. Dalam seorang dua. Kami pusing-pusing, masuk lorong itu ini dan akhirnya jumpa rumah yang kami sudah beli. Rumah yang mewah itu tersergam indah didepan kami. Kata Puan Seo, rumah itu pernah dihuni sebuah keluarga. Tetapi si isteri meninggal dunia. Suami dan anaknya dikatakan berpindah keluar dan tidak dapat dijejaki lagi.
Sambil kami menunggu truk yang membawa barang-barang kami, seorang wanita lingkungan umurku sedang berjoging lalu didepan rumahku. Aku terus menyapanya.
"Selamat petang"dia memandangku dengan senyuman yang manis. Lalu membalas sapaanku.
"Selamat petang. Saya tak pernah nampak awak disini sebelum ini. Awak baru berpindah ke?" sapanya sambil mengibas-ngibas perlahan kain yang dipegang kearah mukanya yang lencun dengan peluh.
"Ya, saya baru berpindah harini. Tengah tunggu truk nak angkut barang." aku membalas. "Saya Ha Jiwon" kataku sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Oh, saya Song Hyekyo. Maaflah tangan berpeluh sikit haha." katanya sambil menyambut tanganku. " Saya tinggal dia rumah yang paling depan sekali dekat dengan pintu masuk. Jemputlah datang kalau ada masa ya." sambungnya lagi.
"Haa baik-baik. Gembira berkenalan dengan awak puan Song."
"Saya pun. Eh tak payah berpuan-puan sangatlah ahahahaha. Tak apalah saya balik dulu ya, kalau awak perlukan bantuan panggil-panggilah ya." katanya sebelum pergi.
Aku senyum dan tundukkan kepala kepadanya. Dia nampak seperti jiran yang baik, detikku. Beberapa minit berikutnya truk yang membawa barang-barang kami akhirnya sampai.
"Kenapa yang lambat sangat ni pakcik."
"Maaf puan. Truk kami tiba-tiba sahaja rosak di pertengahan jalan tadi. Kami mintak maaf sangat-sangat." kata pemandu truk itu sambil menundukkan badan 90 darjah.
"Tak apa-tak apa. Pakcik boleh angkut barang-barang turun ya."
Langkahku yang ingin masuk ke rumah itu terhenti. Aku mendongak sambil merenung rumah agam itu lama sebelum aku membuka langkah untuk masuk.
Bersambung...
YOU ARE READING
SKY 캐슬
Mistério / SuspenseKisah yang menceritakan tentang pemilik baru yang baru berpindah ke kawasan perumahan mewah. Tetapi dia tidak menyedari yang dia telah membawa dirinya ke sebuah kes yang lebih besar dari jangkaan dirinya dan orang sekeliling. note: cerita ini hanyal...