Sehari sebelum Tengku Faiz pulang dari Singapore. Aleena semakin tidak sabar menanti kepulangan Faiz.
“ awak dah kenapa Aleena ? tersenyum senyum ? Ingat dekat saya ke ? ” - Faleeq Abbas
“ gila ke mamat ni ? ” - kata hati Sumrah Aleena
“ erm lambat lagi nak ingat dekat awak. Nampak tak perempuan tinggi dekat tingkap tu ? Ha kalau yang tu, maybe tengah ingatkan awak 24 jam. ” - kata Sumrah Aleena
jari telunjuknya mengarahkan kepada Yasmeen Hannah. Yasmeen Hannah yang kebetulan sedang memusingkan mukanya ketika itu langsung mencerlung mata Aleena dengan mata hazelnya.
“ ishh awak ni Aleena. Takpelah saya pergi dulu. ” - Faleeq Abbas
Merah padam muka Faleeq Abbas dek kerana perbuatan Sumrah Aleena. Dia akui apa apa saja yang berkaitan dengan Yasmeen Hannah, dia akan cair.
“ Woi Aleena ! Apa kau cakap dekat Faleeq hah ? ” - Yasmeen Hannah
“ ada la , sibuk je engkau. ” - Sumrah Aleena
“ siap eh kau kalau aku tahu kau ada sebut nama aku ” - Yasmeen Hannah
Orang lain terutama junior mungkin akan takut terhadap Yasmeen namun bukan untuk Aleena. Dia sudah berkawan dengan Yasmeen sejak Tingkatan 1 lagi. Dia sudah masak dengan perangai serta sikap Yasmeen yang panas baran.
Suasana kelas yang tadinya bising dengan suara pelajar kini senyap bagaikan ada malaikat yang lalu.
“ Assalamualaikum Cikgu ” - Wafiq Damien
Wafiq Damien selaku ketua kelas berdiri lalu memberi salam kepada guru.
Puan Kayra memasuki kelas 4SKY dan membuat pengumuman.
Aleena tidak terlalu mengendahkan pengumuman Puan Kayra itu. Maklumlah selalunya berleter je.
“ Murid kelas 4SKY serta 4FLY akan bergabung membentuk group study. Minimun satu group adalah seramai 5 orang. Kamu akan mulakan aktiviti ini mulai minggu ini hingga minggu akhir sebelum exam ” - Puan Kayra
Terbeliak mata Sumrah Aleena.
Selepas Puan Kayra keluar, Aleena sudah menarik lengan Yasmeen.
“ adoii malaslah asal nak kena buat group study semua ni. Study je la macam biasa. Eeeee malas tahu tak ” - Sumrah Aleena
“ Kau ingat aku nak sangat ke hah ? Kau sendiri cuba fikir, kau duduk dekat rumah ada kau study ? boleh kira pakai jari je berapa kali kau study. tahu la pandai tapi still study ni bagus tau. Lagipun boleh jugak aku cuci mata tengok Faleeq kalau dia satu kumpulan dengan kita. ” - Yasmeen Hannah
Sumrah Aleena pelik dengan rakannya seorang itu. Tadi bukan main nasihat semua tiba tiba mention nama crush.
“ Err Aleena, Yasmeen. boleh tak saya nak join study group awak ? ” - Qayra Eldania
Sumrah Aleena dan Yasmeen Hannah hanya memandang masing masing.
“ kejap eh ” - Yasmeen Hannah
Setelah beberapa perbincangan mereka sudah mendapat kata putus
“ boleh je. our group consists of Tengku Faiz , Faleeq Abbas , me , Aleena and you. ” - Yasmeen Hannah
“ siapa Tengku Faiz and Faleeq Abbas ? ” - Qayra Eldania
“ Tengku Faiz tu lusa ni dia datang la. Awak pandai pandai la kenal. Faleeq Abbas tu ketua pengawas kita. Dia student 4FLY. ” - terang Yasmeen Hannah
Murid lain hanya mampu menyimpan hasrat mereka untuk menyertai study group Aleena dan Yasmeen. Banyak murid ingin menyertainya kerana Yasmeen serta Faleeq memang terkenal dengan kepintaran mereka dalam bidang akademik manakala Aleena serta Faiz handal dalam bidang bahasa.
“ so bila nak start ? ” - Yasmeen Hannah
“ hm tunggu Faiz balik la dulu. Lagipun kau dengan Faleeq pun tengah sibuk uruskan masalah kes vandalisme budak form 2 tu kan ? ” - Sumrah Aleena
Yasmeen Hannah hanya mengangguk. Mereka bertiga kemudian meneruskan perbualan untuk berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.
2019 | 24 Januari
KLIA.
“ FAIZZZZZ ” - jerit Sumrah Aleena
Habis bergema kawasan tersebut. Ramai orang melihat ke arah mereka tapi Aleena menghiraukan mata - mata tersebut. Matanya hanya mampi tertumpu terhadap Tengku Faiz. Dia bagai mahu mati akibat rindu dengan Faiz.
Faiz yang berjalan dengan kelajuan biasa memantaskan pergerakan kakinya. Dia sudah tidak sabar untuk menghampiri Aleena. Rasa rindu yang kian menggunung di hati sejak hari pertama mereka berenggang. Tapi Faiz bingung, adakah rasa rindu ini hanya rindu sebagai pengganti atau rindu atas sebab cinta.
“ Rindu sangat dekat Umi and Abah ” - Tengku Faiz
Tengku Faiz terus memeluk ibu bapanya. Tingginya yang mencapai 180 cm itu membuatkan ibu bapanya kelihatan kecil.
“ habistu saya ni tak rindu ke ? nak hilang anak tekak jerit nama awak. Bukan setakat sakit je dapat, malu pum dapat. ” - Sumrah Aleena
Puan Merliesya dan Tengku Syed hanya tergelak melihat keletah anak mereka.
“ of course rindu !! kawan baik la katakann ” - Tengku Faiz
Sumrah Aleena tersenyum apabila Tengku Faiz membalas bahawa dia turut rindu akan dirinya namun senyuman sedikit pudar setelah Faiz mengatakan bahawa mereka hanya sebatas rakan baik. Tapi dia cuba untuk berfikiran positif
“ kau dengan dia pun baru je berbaik. takpe slow slow Aleena. Kau boleh! ” - kata hati Sumrah Aleena.
“ Aleena jom balik dengan pakcik. Boleh kita singgah makan dekat cafe favourite Aleena ” - Tengku Syed
“ okay onzz pakcik. JOMMM ! ” - Sumrah Aleena
Semua hanya tersenyum. Cukuplah melihat Aleena gembira. Mereka sudah bahagia.
mereka semua sudah tiba di Secreto Loveto Restorant dan telah memesan makanan.
“ Faiz pergi toilet jap eh ” - Tengku Faiz
Tengku Faiz sedang membasuh tangannya setelah keluar dari toilet. Lalu dia perasan seseorang tercicir dompetnya.
“ awak !! awak !! dompet awak terjatuh. ” - Tengku Faiz
Tengku Faiz menolong mengangkat dompet itu lalu menghulurkan kepada pemilik
“ Thankyou awak ”
Tengku Faiz hanya membalas dengan senyuman.
“ eh Qayra. Nak balik dah ke ? ” - Sumrah Aleena
“ haah , baru habis makan tadi ” - Qayra Eldania
“ enjoy your food Aleena ” - Qayra Eldania
“ siapa tu Aleena ? cantik betul ” - Tengku Syed
“ ouhh tu classmates baru Aleena. Nama dia Qayra Eldania ”
Puan Merliesya dan Tengku Syed hanya saling berpandangan.
“ Amboi Umi dengan Abah. Romantiknya saling eye contact ” - Tengku Faiz
Aduh salah timing betul Tengku Faiz ni.
Puan Merliesya serta Tengku Syed tersenyum kecil namun fikiran mereka dihantui dengan beribu jenis persoalan.
YOU ARE READING
t a k d i r
Fanficpersahabatan yang berlangsung indah runtuh akibat satu kejadian. cinta dari aku turut dirasainya namun kerap kali dia menidakkannya.Aku hanya sekadar tempat dia mencurahkan kasih dan rindu. dia datang tanpa khabar. bagaikan tiada apa yang pernah te...