Myra menunduk sahaja.Sudah beberapa minit dia berdiri di situ tapi lelaki itu tidak langsung bersuara.Lelaki itu hanya memandangnya sahaja dengan tajam.Dia tak tahu kenapa tapi takkanlah sebab kejadian semalam lelaki itu marah sebegini ?
"Duduklah."
Myra memandang lelaki itu dengan pelik.Lelaki itu pula mengangkat kening dengan wajah masih ketat
"Takkan kau nk berdiri je.Duduklah."
"Tak apalah...saya lebih selesa berdiri"-kata Myra
Zach hanya diam sahaja.Kertas di tangannya dibelek-belek dengan fokus.Myra pula hanya memandang apa yg lelaki itu sedang buat.Sebenarnya dia takut dengan lelaki itu dan dia tahu lelaki itu marahkan dirinya.Dia cuma berharap lelaki itu tidak membuat apa-apa yg pelik kepadanya.Takut pula dia membayangkan perangai selamba lelaki itu
"Suka hati kaulah."
Myra menunduk.Pertama kali lelaki itu seperti bersikap kasar padanya.Entah kenapa dia tak suka dengan cara lelaki itu melayannya.Walaupun lelaki itu tidak meninggikan suara,tapi cara lelaki itu melayannya seperti orang luar
"Zach..."
Zach mengalihkan pandangannya dari kertas kepada Myra
"Saya nak minta maaf sebab saya..."
"Kenapa kau panggil aku Zach ?"
Myra berkerut.Kenapa pula ? Kan itu memang nama lelaki itu.Salah ke dia memanggil nama lelaki itu ?
"Maksud aku.Kita tak sedekat itu untuk kau panggil nama aku"
Myra terdiam.Jadi lelaki itu juga masih terasa dengan kata-katanya itu
"Lagipun aku orang luar.Bukan sesiapa pada kau."
Seperti sindiran yg diterima Myra.Dia tahu lelaki itu menyindirnya kerana dia berkata bahawa lelaki itu bukan sesiapa kepadanya melainkan majikannya.Dia faham kalau lelaki itu terasa hati dengan dirinya itu.Dia tak boleh marah lelaki itu kerana dia juga yg salah.Kalau dia tidak berkata seperti itu,mungkin lelaki itu takkan jadi mcm ni.Rasa bersalah pula dirinya kerana tidak menjaga kata-katanya itu.
Myra hanya mampu menghela nafas dan mengangguk faham
"Baiklah tuan.Saya pergi dulu.Saya ada kerja nk diuruskan.Kalau tuan perlukan apa-apa,bagitahu saya"-kata Myra dengan sopan dan mula berjalan keluar dari pejabat.Zach hanya melihat sahaja dengan penuh tanda tanya.Senyuman tipis terukir di bibirnya.Jadi gadis itu fikir dirinya betul-betul memarahi gadis itu ? Mana mungkin dia akan marahkan gadis itu.Dia hanya mahu melihat sama ada gadis itu pedulikan dia atau tidak.Teringat pula Noah memberinya nasihat
Flashback|
"Tapi aku tak boleh Noah..."
"Inilah masalah kau Zach ! Benda simple je"-kata Noah
"Kau bolehlah simple.Bukan kau yg rasa semua ni.Kau tu Playboy.Kena tinggal seorang,beribu datang"-kata Zach sinis
"Amboi kau ni.Aku dah tolong tu dah la.Tak reti berterima kasih kau ni.Aku tarik kata-kata aku balik yg kau bukan Zach.Zach yg aku kenal dah kembali.Seratus peratus tak guna,bodoh,kejam,kedekut,tak reti bersyukur"
"Puas ?"
"Eh tak ! Banyak lagi sebenarnya.Aku rasa sampai sepuluh tahun lagi tak habis semua perangai buruk kau tu"-kata Noah
YOU ARE READING
My Bossy Boss(On Going)
Любовные романы❝𝑴𝒓 𝑩𝒐𝒔𝒔 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒃𝒆𝒊𝒏𝒈 𝑩𝒐𝒔𝒔𝒚.❞ "Myra,myra apa nama anak kita nanti ? El quento ? Valentino ? Or...ada nama yg indah untuk diaorg wahai sayangku ?"-Zach "Awak dh gila..sampai bila awak nk buat saya mcm ni..?"-Myra "Sampai kau jatuh...