Tok...tok..
"Siapa tu nenek ?"-tanya Myra
"Entah.Mungkin Zach"-kata nek Rina membuat wajah Myra pucat.Dia melihat neneknya itu yg sedang berjalan membuka pintu itu dengan penuh takut-takut.Selepas mesyuarat petang tadi,dia cepat-cepat menyinggah bilik kerjanya dan mengemas barang dalam biliknya itu untuk segera balik kerana dia tak sanggup untuk bertemu Zach.Nasibnya baik Zach ada mesyuarat lain jadi dia boleh balik awal dahulu tapi sekarang mengetahui lelaki itu datang ke rumahnya malam-malam ni membuat semua rasa takut Myra kembali.
Dia berharap itu bukan Zach.Dia memandang neneknya yg sudah membuka pintu rumah dengan gelisah.Nek Rina melihat orang yg berdiri di depan pintu itu dengan senyuman
"Assalamualaikum nenek boleh saya bawa Myra keluar makan ?"
"Waalaikumussalam Airiel.Bawa Myra keluar makan ? Boleh je tapi Airiel boleh tunggu sekejap tak nenek suruh dia bersiap"-kata nek Rina lembut.Airiel mengangguk dengan senyuman.Nek Rina terus berjalan masuk memandang ke arah Myra yg gelisah itu
"Myra.Tu Airiel datang nak ajak kamu keluar makan"-kata nek Rina
"Hu-Huh ? Airiel ?"
"Ya.Bersiaplah dulu.Jangan lama sangat tak baik buat orang tertunggu-tunggu"-kata nek Rina
Myra mengangguk dan berjalan masuk ke dalam bilik.Dalam perjalanan kebilik dia menghembus nafas lega.Dia fikir itu Zach tapi nasib baik bukan Zach.Kalau orang tadi itu adalah Zach,mungkin dia akan cepat-cepat lari masuk dalam bilik.
....
"Airiel"
Airiel yg sedang sibuk bermain phone mengalihkan pandangannya ke arah sumber suara yg memanggil dirinya itu.Dia mengukir senyuman manis
"Myra.Awak nampak cantik"-puji Airiel dengan senyuman manis lagi hangat.Dapat Myra rasa wajahnya memerah.Cepat-cepat dia berjalan ke arah kereta Airiel meninggalkan lelaki itu di belakang.Airiel hanya tertawa kecil melihat Myra yg sudah jauh darinya itu
Lelaki itu mula bergerak mengikut Myra ke arah keretanya.Sampai sahaja di depan kereta dia membukakan pintu untuk Myra.Myra pula masuk ke dalam selepas pintunya terbuka dan melihat sekeliling kereta.Besar dan mewah dalam kereta lelaki itu tapi lebih mewah lagi kereta Zach.Ya Zach...eh kejap ! Kenapa dia fikirkan lelaki itu pula ?
Dia menggeleng kepala.Airiel memandangnya dengan hairan.Sudah tiga minit sejak dia masuk ke dalam kereta bersama Myra tapi si gadis tidak sikit pun mendengar apa yg dia ingin katakan.Apa yg gadis itu fikirkan ?
Penuh tanda tanya di pemikiran Airiel tapi dia hanya membiarkan sahaja.Apa yg penting malam ni malam dia dan gadis itu jadi dia dah nekad.
"Myra ?"
Myra memandang Airiel yg sedang mengangkat kening dengan senyuman kekok
"Awak fikir apa ?"-tanya Airiel
"Tak ada apapun awak"-kata Myra
"Kalau mcm tu awak nak makan kat mana ?"-tanya Airiel lembut
"Makan kat mana ? Saya ikut awak"-kata Myra
"Baiklah kalau mcm tu"
Airiel mula menghidupkan enjin kereta dan menekan minyak.Kereta mereka bergerak pergi meninggalkan kawasan perkampungan itu.Sepanjang perjalanan tiada langsung suara dari kedua belah pihak membuat Airiel rasa segan dan tidak duduk senang dengan keadaan kekok itu.Dia memandang Myra yg hanya termenung melihat keluar tingkap.
YOU ARE READING
My Bossy Boss(On Going)
Romance❝𝑴𝒓 𝑩𝒐𝒔𝒔 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒃𝒆𝒊𝒏𝒈 𝑩𝒐𝒔𝒔𝒚.❞ "Myra,myra apa nama anak kita nanti ? El quento ? Valentino ? Or...ada nama yg indah untuk diaorg wahai sayangku ?"-Zach "Awak dh gila..sampai bila awak nk buat saya mcm ni..?"-Myra "Sampai kau jatuh...