Babak 2

11 2 0
                                    




"Kau tak bergerak dari tadi, Stafa?" Tegur Karim dimuka pintu tempat sama 30 minit dia berdiri tadi.

"Laju kau balik..", sapa Mustafa kembali.

"A'aa..takde orang kat gerai Abu hari ni, cepat sikit siap" balas Karim sambil melabuhkan punggung dilantai tak jauh dari Mustafa.

3 biji burger dikeluarkan dari plastik. sebiji dibuka bungkusannya, sebiji diambil lalu diselitkan dibawah betis dan sebiji lagi dihulurkan kepada Mustafa.

"Amboi, sampai dua bijik kau punya?!.." kata Mustafa.

"Iye wahai sahabatku Mustafa sayang, awak kan dah kenyang makan hati..saya beli la sebijik je untuk awak, takut awak tak habis.." sindir Karim dengan riak wajah yang agak menjengkelkan.

Mustafa hanya diam tanpa berkata apa. Sebungkus burger yang dihulurkan Karim tadi dibukanya dan dimakan. Kedua mereka sepi tanpa berkata apa, sekilas mata Karim memandang Mustafa, masih jelas nampak kesedihan pada raut wajah sahabatnya itu.


-----------------------------------------------------------


Air kosong dituang kedalam gelas. Kedua mereka meneguk dengan rasa yang puas.

"Nikmat giler lah minum air sejuk lepas pekena burger ni! .." kata Karim keriangan.

Mustafa hanya diam dan tertunduk.

Karim memandang sahabatnya itu dengan wajah yang sayu.

"Kau rasa kau masih ada harapan ke dengan Saadiah?" Karim memulakan bicara.

Mustafa mengeluh.

Karim tahu benar akan kisah cinta Mustafa dan Saadiah. Jika dibarat kita ada Romeo dan Juliet, Di India kita ada Shah Jahan dan Mumtaz Mahal, diarab kita ada Layla dan Majnun dan di Malaysia pula kita Mustafa dan Saadiah.

Perjalanan kisah cinta antara mereka dari bermulanya bibit-bibit cinta sehinggalah ia terlerai, Karim masak benar. Kerana setiap apa yang berlaku, akan Mustafa ceritakan pada Karim. Kadang sampai jadi muak Karim dibuatnya.

Dari hari pertama detik pertemuan, sambutan hari jadi, kejutan untuk ulang tahun pertemuan, rancangan mahu bernikah, semuanya diceritakan kepada Karim.

Juga mengenai tips and tricks, cara berhadapan dengan bakal mertua untuk kali pertama, hadiah terbaik untuk diberi kepada kekasih, tips menjadi suami yang bertanggungjawap juga ditanyakan kepada Karim. Kadang Karim tertanya mengapa dia ajukan soalan begitu rupa, padahal dia single dan tidak berkahwin lagi . Kali terakhir dia bercinta pun 2 tahun lepas dengan seorang cikgu sekolah rendah, itu pun tidak kesampaian kerana diakhir percintaan mereka, guru sekolah itu memilih untuk berkahwin dengan Guru Besar disekolah yang sama. Alasannya, kerana Guru Besar itu lebih romantik dan berkarisma. Entah apa-apa alasan.

Karim yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan sedar akan apa yang terjadi. Siapalah dia jika dibandingkan dengan mereka yang berjawatan, memandu Honda Accord dan berpencen.

"Entahlah Rim, jujur aku masih sayangkan Saadiah. Tak mudah aku lupakan dia Rim.." Kata Mustafa dengan penuh rasa yang hiba.

Punca hubungan Mustafa dan Saadiah terlerai adalah disebabkan Mustafa terlalu sibuk bekerja. Mustafa terlalu nekad untuk kumpul duit kahwin, siang berganti malam Mustafa mengerah segala usaha dan dayanya untuk merealisasikan impiannya untuk berkahwin dengan Saadiah sehingga masa untuk diluangkan bersama Saadiah berkurang dan ini menyebabkan Saadiah kurang mendapat perhatian. Dan akhirnya Saadiah tawar hati kepadanya.

"Kerja memang kerja Stafa, kahwin memang kahwin tapi kau lupa untuk jaga hati orang yang kau sayang!.." kata Karim dengan nada yang sedikit tegas.

"Nak jaga perempuan kau kena ingat dua benda, kau pegang dua benda ni, kekallah kau dengan dia" Sambung Mustafa lagi.

"Aku sedar silap aku Rim, aku menyesal.." kata Mustafa yang kini mula mengalirkan airmata.

"Sesal apa sesal?!, kau tak bagi dia attention dan masa! , kau ingat wanita ni apa? batu nesan? tunggul kayu?! Kau ni kan!.." kata Karim dengan nada yang agak geram.

Mustafa hanya diam tertunduk.

Suasana sepi seketika.

"Betul kau nak Saadiah balik?, kau nak aku tolong?.." kata Karim memecahkan kelam suasana.

Perlahan Mustafa mengangkat kepalanya yang sedari tadi tertunduk. Terpancar sedikit cahaya pengharapan diwajah Mustafa yang sedari tadi terlihat seperti mayat hidup yang kian membusuk yang sudah lama terputus roh. Tapi kini, denyut nadinya mula terasa, darah-darah disetiap genap tubuh mula mengalir dan bibirnya kembali mengukir senyum.

Itu semua hanya kerana beberapa patah kata dari Karim.

Entah mengapa Mustafa merasakan sahabat baiknya itu bagaikan doktor cinta kelas dunia yang mempunyai berabad lamanya pengalaman dalam mengendalikan masalah cinta manusia. Karim juga terlihat seperti Doraemon yang selalu punyai jalan penyelesaiannya dan tricks under his pocket . Mungkin Karim adalah kiriman Tuhan yang dihantar untuk menjadi kaunselor, perunding, pakar motivasi dan personal love trainer. Hati Mustafa sedikit tenang dan jiwanya kembali bersemangat.


"Okey, sekarang kau dengar baik-baik.."

Kisah Lelaki Yang Kehilangan CintanyaWhere stories live. Discover now