Gambar

9 1 0
                                    

Harith membelek surat yang diterima pada pagi tadi. Tiada tertera nama pengirim. Isi surat berkenaan yang menyatakan tentang hasrat si pengirim untuk berjumpa dengan Harith di sebuah tempat. Dia sendiri tidak pasti tujuan pemilik surat itu untuk berjumpa dengannya. Yang penting, surat itu disertakan dengan sekeping gambar seorang budak dihadapan sebuah rumah sebagai lokasi yang dimaksudkan.

'Mana orang yang nak jumpa aku ni?' Bisik Harith tika dia sampai di rumah itu tepat jam 12 setengah malam.

Seingat Harith, kali terakhir dia menjejakkan kaki di rumah itu adalah 4 tahun lepas sebelum dia berpindah ke rumah baru bersama isteri dan anak-anaknya. Persekitaran yang telah berubah sedikit sebanyak menyulitkan Harith untuk sampai ke destinasi yang dituju. Rumah yang dipenuhi dengan rumput-rumput tinggi disekelilingnya menimbulkan rasa ketidakselesaan buat Harith. Setelah lama menunggu, Harith bercadang untuk pulang memandangkan tiada sesiapa yang muncul. Dalam perjalanan, dia ternampak seorang budak sedang berjalan berseorangan menuju ke arah bertentangan dengannya. Lalu, Harith pon memberhentikan keretanya berdekatan budak itu.

"Adik dari mana ni? Kenapa jalan sorang-sorang tengah malam ni?"

"Saya nak carik rumah ni." Jawab budak itu seraya menghulurkan sekeping gambar.

Saat Harith melihat gambar yang disuakan, mukanya berubah. Dia melihat semula wajah budak itu.

"Adik, jom ikut pakcik. Nanti pakcik hantar adik balik rumah."

Tanpa banyak bicara, budak itu meluru masuk ke dalam kereta. Selepas hampir 2 jam perjalanan, mereka sampai di hadapan rumah Harith dan disambut dengan penantian isterinya. Sebelum tiba, Harith ada menelefon isterinya untuk memaklumkan kejadian yang berlaku.

"Ya Allah Areef, anak ibu! Mana Areef pergi selama ni, nak! Teriak isterinya sambil memeluk budak itu.

Harith mengesat air matanya sambil mengimbau tragedi kehilangan Areef 5 tahun lepas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerpen: Dunia tanpa dimensiWhere stories live. Discover now