Manusia

10 1 0
                                    

"Eeeee baju zaman bila kau pakai ni?"

"Weh, nanti aku nak pinjam baju kau eh. Buat alas kaki."

"Hahahahahahahahahahahahah"

Ye. Manusia memang dicipta untuk menyakiti manusia yang lain. Dan hidup aku. Memang untuk dihina. Kadang aku tertanya. Kenapa aku adalah aku. Benar. Pertanyaan yang sia-sia. Kerana jawapannya ada pada diri kita sendiri. Tapi bagaimana kalau diri kita sendiri adalah bukan diri kita?

"Korang jom gi mall esok?"

"Aku on beb."

"Aku pon. Ingat nak beli baju baru yelahh duit PTPTN kan baru masuk."

"Boleh je tapi aku taknak drive."

"Aku okay je. Kau nak ikut tak Laila?"

"Weh keta tu muat kita 5 orang jelah."

Apa rasa hidup bersendirian? Ye. Indah. Sehingga kita terlupa bahayanya bersendirian. Kerana terlalu asyik. Dan mengkhayalkan. Sampai satu tahap dimana kita tidak lagi mengenali diri sendiri.

*****
"Korang, tadi aku nampak Laila bawak BMW. Dia dah kaya ke sekarang?"

"Tulah weh. Aku perasan sejak masuk sem baru ni dia jadi lawa gila weh!"

Masa yang silih berganti mampu mengubah seseorang. Keadaan yang memaksa juga mampu mendorong perubahan seseorang. Menjadi lebih baik atau sebaliknya.

*****

"Laila, client kita malamni VVIP tau. Aku nak kau layan dia high class punya."

Cerpen: Dunia tanpa dimensiWhere stories live. Discover now