Aku tak kuat sahabat. Jauh sekali hebat. Tipulah kalau tak penat. Masalahnya terlebih rehat.
Sebenarnya, masalah itu aku yang cari sendiri. Sebab apa? Sebab aku tangguh untuk selesaikan, kemudian jadi besar macam gunung. Sampai aku pun jatuh sebab takut nak bangun. Itulah masalah aku.
Oh ya. Lupa pula . Allah itu ada bila-bila masa nak bercerita, bila-bila nak mengadu, tapi aku? Cari Allah hanya bila teringat. Hei sahabat! Allah itu tak pernah melupakan kita, kenapa nak jauhkan diri dari-Nya?
Rupa-rupanya aku ini yang menyombong, elak diri dari ditolong. Sepatutnya cari solusi, susun aktiviti, usaha. Kemudian, tadah tangan berdoa pada Allah. Cerita semua yang engkau mahu, minta semua yang engkau ingin. Tak rugi, malah lega.
Heh. Aku juga salah rupanya. Bukan sesiapa. Ya Allah, aku kembali pada-Mu. Ampunkanlah aku.
YOU ARE READING
BERDIRI BERSAMA MEMORI
RandomSayang kalau ditinggalkan. Mengapa dilontar jauh? Memori itu letaknya di hati dan ingatan. Walaupun secebis biarkan dia berdiri dan berlari. Raikanlah memori!