9

2 1 0
                                    

Bisa sakit itu merengsa,
Memberi luka yang tak terhingga sakitnya,
Menangis pun tanpa air mata.

Tiada salahmu sang lebah,
Hanya aku yang tak bertahan hingga rebah.

Andai saja kata ini sampai kepadamu,
Ketahuilah bahawa sememangnya aku ini tiada jemu,
Tiada jemu memberi diri ini dilukai kembali.

Sesungguhnya aku akan pulang,
Sesungguhnya seberapa sesalan pun,
Seberapa dosa pun,
Aku akan pulang.

Yang aku tinggalkan hanya aksara-aksara,
Yang ku harap mungkin akan berjasa.

Ketahuilah, ketahuilah, ketahuilah,
Sekalipun aku tersungkur dalam gigitanmu sang lebah,
Hidup tetap satu memori indah.

Terima kasih memberi memberi pengajaran dalam lelah,
Kerana tiada yang betul jika tak pernah melalui yang salah.

BERDIRI BERSAMA MEMORI Where stories live. Discover now