10

1 0 0
                                    

Adakah warna ini kekal bertanda, atau hanya bersifat sementara?

Beberapa hari ini, aku merenung kembali ke luar jendela perkongsian yang pernah aku dengari.

Aku dengan khilafku. Kamu dengan hikayat berdurimu. Masih tegar engkau tarik memori itu kembali buat pesanan si adik yang mula mengatur langkah.

Aku simpan setiap kata-katamu dengan cermat. Namun kerana kemanusiaanku, aku kehilangan sebahagian memori itu.

Mujur saja catatan yang berbaki masih elok dalam simpananku. Semoga kekal dan terus memberi pengajaran buat diriku setiap kali aku melangkah.

Pesanmu, jangan jadi orang yang sakit dan menyakiti orang lain. Jangan pernah begitu. Kerana kesakitan tidak mengajar kita untuk membalas dendam. Tetapi kesakitan itu satu ujian jika mampu kita genggam, mendidik diri kita menjadi ubat buat insan lain.

Belajarlah menilai dan menyiasat, jangan menuduh dengan hasad.
Teruskanlah perbaiki diri, jangan toleh ke belakang lagi.

Benarkanlah tolehanmu hanya untuk membawa pengajaran pengalaman itu pergi.

Khamis
24 Jun 2021
2300 pm
- Satu malam yang aku sangka sedih rupanya satu pengajaran indah -

BERDIRI BERSAMA MEMORI Where stories live. Discover now