“Walaupun kita miskin,tapi bila kita ada agama,kita bahagia”
♡
“Kita solat bukan sebab kita baik,tapi sebab kita hamba Allah”
♡
“Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia”♡
♡
♡
♡
♡
♡“Ketika kita ingat Allah,Allah ingat kita.Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”
♡
“Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah,tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”
♡
“Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati.Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang lain.”♡
♡
♡
♡
♡
♡“Kemusnahan hidup seseorang adalah apabila dia bersangka buruk terhadap sekelilingnya dan kemuncak kemusnahannya apabila dia mula bersangka buruk dengan tuhan.”
♡
“Tak mengapa kalau orang hina atau aibkan kita.Kita hidup bukan untuk penghormatan manusia.Tetapi untuk Allah sayang.”
♡
“Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya.Sekurus-kurus ikan pasti ada isinya/dagingnya.Sebaik-baik manusia pasti ada buruknya.Seburuk-buruk manusia pasti ada baiknya.Buang yang keruh ambil yang jernih.Carilah kebaikan dalam buruk manusia,itu akhlak.Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri,itulah ikhlas.”♡
♡
♡
♡
♡
♡“Untuk Allah bantu kita,kita kena dapat doa orang yang makbul doanya.
Pertama doa mak ayah kita.
Kedua doa isteri.
Ketiga doa orang yang baik ² serta kawan² kita walaupun melalui ucapan di Facebook.Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”
♡
“Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”
♡
“Biar apa orang nak kata,yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”♡
♡
♡
♡
♡
♡“Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan.Tetapi akhirnya tiada apa yang kita dapat.Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”
♡
“Dalam hidup ini,kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita.Bila Allah sayang dia beri kebaikan,dia beri kita hati yang tenang.Jadi kita kena banyak puji tuhan.”
♡
“Bila kita dakwah orang,tapi orang tak dengar,kita doa ; Ya Allah, mereka tak tahu tak faham,mereka lupa.Ya Allah berikanlah hidayah kepada dia.”♡
♡
♡
♡
♡
♡“Segala benda tak ada yang kebetulan,tak sengaja dan sengaja,itu semua Allah dah aturkan.Allah dah pertemukan.Tujuannya untuk kebaikan.”
♡
“Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga.Allag jadikan mereka untuk melengkapi kita.Pasti tidak ada silap.
Yang silap hanya bagaimana kita menyingkapi dan melaluinya.”
♡
“Semua orang ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”♡
♡
♡
♡
♡
♡“Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak,yang penting Allah nampak.”
♡
“Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang.Cinat itu akan kekal.Tapi jika cinta itu selain dari itu belum ada jaminan apa-apa.Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”
♡
“Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia.Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah.Anugerah yang sebenar -benarnya adalah daripada Allah.Orang yang paling disayangi ramai boleh dibenci sekelip mata.Tetapi itu tidak penting apabila Allah sayang.”