11

294 36 71
                                    

" Y/N, jom la balik. Aku dah penat " Osamu melangkah dengan lambat. Beg-beg kertas dijinjit sambil memandang ke arah Y/N dengan penuh geram. Bukan barang dia, tapi dia yang kena bawakkan. Ni la perempuan, suka ambil kesempatan dalam kesulitan.

" Sabar la! Ada lagi barang yang aku tak beli ni " Mendengar jawapan Y/N, Osamu menggelengkan kepalanya beberapa kali. Mahu sahaja dia suruh Y/N borong satu mall ni. Tapi dipendamkan sahaja, karang dia yang kena cubit dengan Y/N.

Sementara Y/N ralit melihat satu persatu kedai yang dilalui oleh mereka, Osamu mengeluarkan telefon daripada poket seluar. Pantas icon camera itu ditekan dan telefon dihalakan ke arah gadis itu.

" Samu! "

Klik!

Masing ii menjadi kaku. Kelam-kabut Osamu menyimpan telefonnya dan berdehem.

" Ya? "

" K-kau jalan lambat sangat la " Y/N berjalan ke arah lelaki itu lalu tangan Osamu ditarik. Dia sedaya upaya cuba mengelakkan matanya daripada bertembung dengan sepasang mata berwarna kelabu milik Osamu.

" Oi Y/N— "

" KYAAA SAMU! TENGOK TU! CANTIKNYA CINCIN TU " Gadis itu terjerit kecil apabila melihat sepasang cincin berwarna perak itu. Laju sahaja kaki Y/N berlari ke arah kedai yang menjual aksesori itu, meninggalkan Osamu yang terpinga-pinga.

Osamu hanya menunggu Y/N di luar kedai itu. Sambil-sambil itu fikirannya menerawang.

" SAMUUU I'M BACKKK " Ucap gadis berambut H/C itu sambil menghampirinya. Senyuman manis menghiasi wajah mungil Y/N.

" Hulur tangan " Osamu memandang Y/N pelik.

" Nak buat apa? "

" Hulur je laaa " Tangan kiri dihulurkan ke arah Y/N.

Berkedip mata Osamu apabila melihat Y/N menyarungkan cincin di jarinya dengan selamba.

" EH APA NI? " Automatik pipi lelaki itu membahang. Y/N tergelak.

" Tadaa! Kita matching " Y/N menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya kepada Osamu.

" Cincin ni untuk apa? "

" Promise ring, maybe? "

" Sokka " Osamu menganggukkan kepala.

" Samu, janji dengan aku. Jangan hilangkan cincin ni, okay? "

" Baik, ōjo-sama "

[ C ] memories | miya osamuWhere stories live. Discover now