" Terima kasih, sila datang lagi " Osamu menundukkan sedikit kepalanya, lalu diangkat semula selepas pelanggannya itu sudah berlalu pergi. Lelaki berambut hitam itu tersenyum nipis.
Pelanggan makin ramai memenuhi restoran onigirinya itu. Tak termasuk lagi pasukan MSBY Black Jackal yang disertai oleh kembarnya itu. Suara Bokuto dan Atsumu sahaja boleh didengari hampir satu restoran itu.
Osamu menggelengkan kepalanya, lalu dia menyambung mencatit untung yang diperolehnya di dalam buku.
" Itu bukan ke owner restoran ni, Miya Osamu? "
" Kembar Atsumu-san kan tu. Handsome nya dia! "
" Too bad he's taken "
Osamu hanya memasang telinga. Seraya itu dia melihat jari manis tangan kirinya.
Jari manisnya tersarung cincin pemberian Y/N. Bibir Osamu menyimpulkan senyuman.
Sudah lebih 5 tahun pemergian Y/N, namun cintanya pada gadis itu tidak pernah pudar. Dia meneruskan hidupnya, membuka restoran onigiri seperti yang dijanjikan pada Y/N.
Kadang-kala mulut celupar milik Atsumu itu bertanya kepadanya, takkan dia mahu menyendiri sampai ke tua? Pertanyaan itu tidak berjawab, malah Osamu hanya tersenyum.
Bagi Osamu, biarlah Y/N menjadi cinta pertama dan terakhirnya.
YOU ARE READING
[ C ] memories | miya osamu
Fanfic[ malay fanfiction ] ✧・゚: *✧・゚:* Cause you said forever, now I drive along past the street. ✧・゚: *✧・゚:* . . . all haikyuu characters belong to ©furudate