five

739 148 10
                                    

"Awak..."

Refleks, badan tinggi milik lelaki itu berputar kebelakang. Pipi lelaki itu kian memerah.

"Ini, kertas peperiksaan kelas kamu kan?", Gadis itu menghulurkan kertas tebal itu pada lelaki dihadapanya.

"Jisung..", Nama lelaki itu meniti di bibir Gowon.

Lelaki itu menahan senyumanya, kertas yang dihulur tadi disambutnya baik sebelum dia mengosok belakang rambutnya.

"T-terima kasih Gowon Sunbaenim", Jisung menundukkan badanya tanpa memandang gadis itu.

"Sama sama, saya pergi dulu ya?", Pinta gadis itu sebelum mengatur langkah menjauhi lelaki bernama Jisung itu.

"Nanti!", Tanganya direntap dari belakang.

"S-sunbae ambil kertas ni dimana?", Soal lelaki itu.

"Tong sampah, rasanya ada orang sengaja kot. Tapi nasib baik saya nampak", Gadis itu tersenyum comel.

Jisung jadi hairan.

Selain dia, yang tahu tentang kertas itu hanya Renjun.

Renjun yang buang?

Kenapa dia-

"Awak tak mahu lepaskan tangan saya?".

NoonaWhere stories live. Discover now