Part 2

1 0 0
                                    

Ok, kisah dia macam ni, aku dari kecik lagi pernah mengalami hidung berdarah sampailah aku berumur 22 tahun ni pon still juga hidung aku berdarah. Kekadang berdarah dengan banyak, kekadang berdarah sikit je.

Semasa aku kecik doktor sendiri pon dh pernah check hidung aku, diorang masukkan satu kamera kecik ke dalam hidung aku, untuk periksa apa yang ada dalam hidung aku sampai aku terlalu kerap mengalami hidung berdarah masa kecik tu, tapi hidung berdarah tu diorang cakap tak ada apa-apa, cuma berdarah biasa je.

So bila aku berumur 13 tahun mata aku mula nampak kekuningan, kekuningan ni bukan dekat mata je tau, aku mengalami kekuningan di seluruh badan, tapi badan tak nampak sangat kuningnya, kuning tu nampak dari mata.

Cikgu pun tanya, "Fazi, awak ada Talasemia ke?", so aku pun blur lah, tak faham apa TALASEMIA tu, jadi aku jawablah "tak". Terus cikgu cakap macam ni kat aku, "kalau boleh bawa pergi jumpa doktor, sebab mata awak tu kuning semacam je". So  aku pun jawab jelah "Ok".

Then aku balik dari sekolah, aku cakap lah kat mak aku, tapi mak aku just cakap macamni, "Takde apa-apa tu, dia jadi macam tu sebab kau tak makan sayur" dan dia pun membebel panjang-panjang kat aku, so aku diam jelah, malas nak fikir sangat pasal tu..

So kekadang bila aku demam, aku ada pergi klinik, sebab demam kan? Bila nama aku di panggil jadi aku masuk lah kat dalam bilik doktor tu, baru je aku duduk kat kerusi tu perkara yang pertama sekali doktor tu tanya kat aku adalah, "Ni sejak bila mata u kuning?"

Bayangkan aku pergi ke klinik sebab demam, tapi perkara first dia tanya kat aku, "ni sejak bila mata u kuning?" so aku pun jawab "sejak ingkatan 1 lagi". Terus dia tanya lagi, "Dah pergi jumpa doktor kat hospital?", aku pun jawab "Tak".  Doktor tu pun tanya lagi "Ni u datang sini sorang-sorang ke", aku pun jawab, "Tak lah, saya datang sini dengan ayah saya, dia ada kat luar". Bila dia dengar je yang ayah aku ada kat luar klinik, dia suruh aku panggil ayah aku masuk. So aku pun panggil lah ayah aku cakap doktor panggil.

Masuk je ayah aku kat dalam bilik tu doktor tu terus tanya, "Pakcik, saya tengok mata anak pakcik ni kuning, pakcik tak bawa dia ke hospital ke untuk checkup takut ada apa-apa, kalau pakcik tengok betul-betul ye, bukan setakat mata dia sahaja yang kuning, tapi seluruh badan dia kuning sebenarnya, Kalau kita just tengok macam tu je, memang tak nampak kuning tu tetapi bila dia dibawah cahaya matahari atau terkena pancaran lampu suluh, baru nampak kuning tu di badan dia, sebab badan dia tak ketara sangat kuning tu, yang ketara dari mata dia, jadi saya sarankan pakcik bawa lah dia pergi checkup di hospital nanti." Ayah aku just anggukkan kepala dia je masa tu.

Habis je doktor tu ceramah kat ayah aku, baru lah dia tanya pasal demam, and bagi ubat apa yang patut, and then aku dan ayah aku pun pulang rumah.

//TO BE CONTINUE//
/THANKS KEPADA SESIAPA YANG BACA...//

The Story Of MyselfWhere stories live. Discover now