Selepas je kitorang balik tu, ayah aku just cakap. "Takde apa-apa tu, doktor je tengok benda camtu terus nak suruh pergi checkup kat hospital, kang pergi hospital nanti, doktor kat sana cakap tak ada apa-apa? Kan dh buang masa kalau pergi kat sana nanti, lagipun kalau dia nak kau pergi check kat hospital, diorang mestilah bagi surat untuk kau pergi sana, kalau takde surat macam mana nak pergi check dekat hospital? Sebab kalau klinik suruh pesakit pergi hospital untuk check, diorang mesti bagi surat untuk doktor kat sana tau apa sakit kau. Tapi ayah rasa kau cuma kurang makan sayur je sebab tu mata kau nampak kuning"
Setiap tahun, bila aku demam, memang mak dan ayah aku akan bawa pergi klinik untuk check up. Yelah, mak bapak mana yang takde bawa anak diorang pergi klinik, kalau sakit, demam, batuk? Mak bapak mana? Tak ada nya mak bapak yang biarkan anak diorang sakit macam tu je. Dan kalau mak bapak aku ni lain, diorang jenis yang ambik mudah je pasal yang doktor cakap, dan bagi diorang anak-anak diorang tak sakit, sebab masa tu aku memang tak ada simptom sakit pun, sihat je, yang aku ada cuma simpton kuning tu je, tak teruk pun,
Akan tetapi, lama-kelamaan baru aku merasa sakit. Semasa tu pertengahan bulan JUNE 2018, aku mula sakit pada bahagian perut, so aku sendiri pun just ingat yang aku cuma sakit perut je, ulang alik masuk tandas, tapi takde apa-apa. So aku pun baring je kat sofa sambil menahan sakit tu, dan akhirnya sakit tu hilang, tapi bukan hilang selama-lamanya ya, sakit tu hilang sekejap je, esok sakit lagi, lusa pun sakit lagi, tiap-tiap hari aku merasa sakit tu.
// TO BE CONTINUE//
SAYA RASA SAYA AKAN BUAT SAMPAI PART 4/5 JE.. THANKS KEPADA YANG SUDI MEMBACA..
YOU ARE READING
The Story Of Myself
Short StoryAku buat story pasal diri aku untuk orang kat luar sana sesiapa yang mengalami mata kuning macam aku tu, korang cepat² lah pergi hospital untuk periksa mata kuning tu takut jadi macam aku ni. Yelah, walaupun tak serious sangat, atleast korang periks...