Winner-Winner No Dinner - Part 1

457 157 12
                                    

(Masih dalam mode flashback ke masa lalu)

Manusia yang suka berkreatif dalam kehidupannya,  akan dinampakkan hasil yang bombastik pada hujung-hujung usahanya.  Siapa sangka, dari seseorang yang suka berangan, kini dia bakal menang dalam pentas kerjayanya.

Adakah kejayaan yang diusahakannya dikecapi oleh tuan badan atau ianya dirampas milik oleh tangan-tangan tanpa usaha sama.

(Sambung semula dari episod 5, Devil's Dinner)

Tiba-tiba ada suara menyapa dari hadapan. Aku mengangkat kepala dan melihat susuk tubuh lelaki yang segak tetapi agak berusia. (Aku memperkenalkan kepada pembaca), inilah ayah kepada si dia, big bos kepada syarikat ini. - Selain itu beliau mempunyai beberapa syarikat lain yang aku tak pasti dalam bidang bisnes apa. Beliau juga mempunyai kilang sendiri dalam bisnes yang aku tidak akan ceritakan pada episod ini. - biasalah orang banyak duit, boleh buka banyak lagi cabang rezeki. - Nama beliau adalah Tuan Sirhan.

Itu semua tak berapa mustahak, kepentingan utama adalah = sudah cukup untuk aku dapat bekerja di sini. Ianya demi meneruskan kelangsungan hidup yang penuh sengit terutama di kota metropolitan yang sangat bingit. - dan juga dapat bersama si dia - ini first rank reason sebenarnya.

....

"Nizam, tahniah!", sambil tangan dihulur oleh Tuan Sirhan. Aku yang masih dalam blurring mode hanya terngaga mendongak ke arahnya. - Namun tangan tetap dihulurkan sebagai tanda hormat sebagai seorang pekerja bawahan.

....

"Kita dapat special invitation untuk tender bagi sistem yang u cadangkan dekat government. Chances sangat tinggi. Mereka impress dengan idea dan design kamu. Well done!", sambung Tuan Sirhan. 

(Aku) - "Assalamualaikum bos, sistem apa ye, banyak yang kita submit sebelum ni tapi susah nak dapat invitation, maaf saya tak tahu berita gembira ni."

Belum pun sempat Tuan Sirhan sambung jawap, si dia pun muncul dengan wajah senyum segar. (Hati) - Boleh pula dia senyum macam tu seolah-olah macam tak ada apa-apa berlaku semalam.

(Otak trigger!) - Dia datang dengan seseorang yang aku kenal!

(Tuan Sirhan) - "Alang-alang kamu semua ada di sini, saya nak kamu semua bincang real plan untuk projek besar ni. Saya letakkan Hannah (si dia) as leader (Projek Manager), dan kamu Nizam, collaborate dengan Noah as system technical team lead. Please prepare a very good presentation with prototype for them before kita proceed dengan real timeline. Saya nak projek ni jadikan projek utama untuk tahun ni. Okay, saya beredar dulu, ada dato invite breakfast di luar. See u guys later."

(Noah merupakan rakan sekerja dalam unit aku. Dia lebih lama berkhidmat di sini berbanding aku, namun ada beberapa perkara yang aku kurang senang dengannya)

Tuan Sirhan pun beredar, Hannah dan Noah duduk berhadapan dengan aku. Aku tak boleh nak luah apa-apa mengenai perkara semalam. Mereka bersembang sesama sendiri dengan agak mesra (ketawa manja) sebelum menegur orang di hadapan mereka which is aku!

....

(Hannah) - "U...  nanti share balik prototype u, i nak study and prepare slide dengan Noah untuk timeline yang sebenar, ada part yang nak kena adjust."

(Aku) - "I rasa i dah share proto tu lebih dari 3 kali , and u dah study habis semuanya. U pun dah proceed dengan timeline yang kita telah setujui sebelum ni. Kenapa nak kena study lagi? I dah explain a - z every screen dalam proto tu."

(Dalam hati) - Sebelum ni, Hannah tak pernah pun tertinggal info apa-apa document yang aku share dalam aplikasi ClickUp. Dia sentiasa alert dan fokus dengan kerja. Kali ni macam pelik dan saja nak bagi aku panas.

(Sampuk Noah) - "Chill bro, ada part aku nak kasik touch up. Ko ingat tak pesan bos tadi, dia nak kita fokus projek ni betul-betul."

(Dalam hati) - Fakiyuu,  ingat aku tak tahu yang kau nak steal kerja aku last-last minit. Lepas tu boleh show off dekat semua orang supaya boleh dapat rate tinggi hujung tahun. Kau pernah buat benda yang sama lah dulu.

(Hannah menyejukkan keadaan) - "U... nanti lunch sama-sama dekat bilik meeting, i tapaukan. I terserempak dengan Noah tadi masa on the way ke sini, so I ajak lah sekali jumpa u."

Dalam keadaan yang kurang menyenangkan itu, Noah menyampuk lagi, "Bro kenapa dengan mata kau, macam orang tak cukup tidur je. Kau okay ke ni? Muka kau macam ada berubah sikit lah."

(Hannah tak berkata apa-apa dan hanya memandang raut wajah aku. Aku tahu dia ada sesuatu perkara yang nak disampaikan.)

(Dalam hati) - Tapi kenapa pula dia ajak Noah bersama? - apa motifnya? - fikiran aku dibelasah tak henti-henti sejak malam pertama tu.)

Dalam suasana tegang yang terkawal, Noah bangun dan menarik tangan Hannah. Aku hanya terkelu diam tanpa suara.

(Noah) - "Kitaorang ingat nak tukar selera pagi ni kat tempat lain. Okay bro, gerak dulu, jaga diri, petang karang kita jumpa discuss pasal projek."

Hannah hanya memandang raut wajah aku.  - tanpa berkata apa-apa dan berlalu pergi.

Bersambung ...

Bidadari Infinite [Muzikal Novel]Where stories live. Discover now