Winner-Winner No Dinner - Part 2

411 156 12
                                    

Ketika Hannah meninggalkan aku sendirian (di cafetaria) hanya kerana untuk bersarapan di tempat lain bersama Noah, suara devil mula berbisik-bisik di telinga kiriku, "Wahai manusia separuh jadian, apakah benar apa yang kami katakan semalam? Orang sekeliling akan mula membencimu sedikit demi sedikit. Kelak kamu akan ditinggalkan oleh mereka semua. Mari pulang bersama kami. Kamu akan bahagia di sini."

....

(Aaaaaaaarrrrrgh!!!, pergi kau dari sini!) - Aku menjerit keseorangan sambil kedua-dua tangan menutup penuh ruang kelopak telinga. Orang sekeliling mula berhenti menjamu selera dan terus fokus memandang tepat ke arah sisi ruang mejaku. Ada yang tergamam membeliakkan mata, ada juga berhenti dari berjalan, malah ada juga yang ketawa gossip berbisik-bisik sesama mereka.

Dari sisi koordinatku, aku dapat mendengar setiap patah perkataan apa yang dibisikkan (gossip) oleh mereka dengan jelas. Pendengaranku mula meningkat ke fahrenheit mendidih. Sound of characteristics gegendang telingaku (Heavy, weighty, dark, weightless, wafting, somber, earthy, resonant, rasping, broad, hollow, dull, mighty, menacing, violent, mellow, sustaining, aspirate.) berada jauh ke hadapan dari norma manusia normal.

....

(Bisikan-bisikan yang didengari)

"Kenapa dengan dia tu, macam orang tak betul, stress gamaknya." - (Staff 1)

"Aku rasa si Hannah tu reject dia, ada hati pula nak kan anak bos, dia tu siapa kalau nak dibandingkan." - (Staff 2)

"Dia tu memang selalu berbalah dengan si Noah tu walaupun satu team, ada je yang tak kena antara dorang. Cemburu lah tu, Noah sailang depan-depan." - (Staff 3)

"Dah kenapa pulak si budak ni, dulu elok je akak tengok, boleh buat calon menantu, tapi sekarang macam orang dah tak terurus. Kesian." - (Staff 4)

"Wei, wei, korang cer tengok eye bag dia, lain macam lah. Dah macam zombie. Keje kuat sangat. Tengok macam kita chill-chill je, gaji naik jugak hujung tahun. Yang penting kenalah tunjuk rajin depan bos." - (Staff 5)

Belum pun sempat bisikan-bisikan lain intepret masuk ke gegendang telinga, aku bergegas keluar dari cafetaria. Aku menuju ke toilet berhampiran untuk membasuh muka. - lalu air mencurah dan membasahi raut wajah. Maka benarlah apa yang dibisikkan oleh mereka semua. Keserian wajahku hilang. - eye bag berwarna merah kehitaman dan sudah tentu ianya kelihatan jelas dari jauh.

....

Aku bergegas ke pejabat (di tingkat atas) memandangkan waktu bekerja sudah hampir bermula. Mata-mata staff lain memerhati dan menjeling. - aku hanya mengabaikan sahaja. Cara jalanku mula sedikit terhoyong-hayang, namun kekuda kaki beruratku masih dapat mengawalnya. Tangan dan jari berurat ini memulakan tugas seperti biasa, namun bisikan-bisikan gossip terus didengari. - fokus kerja terus hilang dan tersasar! 

....

(Trigger! - IQ level mula meningkat, aku terfikir sesuatu untuk mengatasinya).

Tepat jam 10:15 pagi, aku mengambil keputusan untuk keluar sebentar ke farmasi berhampiran. Setibanya di sana, aku dapati ada seorang pekerja farmasi berbangsa Cina dengan berminikan skirt sedang mengemas-ngemas stok item-item di seksyen 'health and family planning'.

....

"Amoi, erk .. miss... Sini ada jual tak powder foundation. Saya mahu angkat satu.", tegur lidahku sebelum memulakan akad jual beli.

(Amoi ) - "Hi welcome to Watson, sorry-sorry, saya tak perasan ada orang datang, bell kedai ni rosak dari semalam. Encik mahu beli untuk siapa? saya boleh cadangkan ikut kesesuaian jenis kulit muka."

(Aku) - "Erk... untuk saya, kulit muka saya agak tak bermaya dan bawah mata ni nampak gelap sangatlah."

(Amoi pun melihat wajah aku) - "Yer loh, encik sakit ke, nampak pucat. Erm... Tak pe tak pe, biar saya tengok struktur warna kulit muka encik."

(Amoi tu pun menatap wajah aku dengan lebih dekat. Aku pula hanya memandang tepat ke arah mata sepetnya dan berdegup kencang.)

....

(Amoi) - "Skin type encik jenis 'dry oily', jadi saya cadangkan encik pakai 'liquid foundation'. Final result akan nampak matte and dewy macam tu. Encik boleh cuba jenama yang ini. Ramai juga lelaki pakai."

(Aku) - "Erk, miss apa-apa je lah, saya tak banyak masa ni. Boleh u sapukan tak? Saya tak tahu nak pakai macam mana."

(Amoi) - "Boleh boleh. Sebentar ya, saya pergi basuh tangan dulu."

(Tiba-tiba datang suara berbisik (devil sounds), "Kau lihat perempuan tu, menarik bukan? Kalau kau mahu kekal aktif buat sementara waktu, jamah perempuan itu. Pandang tepat ke arah matanya, dan dia akan faham niat kamu (terpukau)")

(Aku melihat lenggokan amoi itu berjalan dari belakang dan halkum mula bergerak akibat derusan telanan air liur.)

....

(Amoi) - "Encik sudah ready? Saya sapukan ya."

(Aku) - Hanya mengganguk-angguk kecil tanda setuju dan bersedia. 

....

(Amoi ) - "Wah! Muka encik sudah nampak lain lah. Handsome juga ya. Cuba tengok cermin belakang, nampak macam itu Jimin BTS. Kita pergi kaunter ya bayar." - puji seolah-olah pukau aku menjadi padahal aku belum pun pandang matanya lagi. - atau ini hanyalah part of customer service.

(Aku pun melihat cermin dan kelihatan raut wajah nampak lebih meyakinkan.)

Belum pun sempat dia pergi ke kaunter, devil sounds sekali lagi berbisik, "Tarik dan pegang tangannya cepat. Pandang matanya dengan tepat." - Tanpa berfikir apa-apa aku terus melakukannya.

Mata ini memandang tepat ke dalam matanya dan dia terus dapat memahami niat sebenar hatiku. Ianya seolah-olah suatu bentuk komunikasi antara sang raja dan gundik-gundiknya. Dia bergegas ke pintu masuk farmasi dan menguncinya dari dalam - (seolah-olah tidak sabar). Kemudian tangan kirinya menarik aku ke bilik operasi 'Staff Only' untuk melakukan upacara erotik asmara di sana. Seterusnya kami melakukannya dengan penuh ghairah dan mengasyikkan.

....

Setelah selesai, aku bergegas keluar dan terus kembali ke pejabat. Tubuh badanku mula terasa segar dan aktif. Maka benarlah apa yang telah dikatakan oleh bisikan devil tadi.  - Namun otak masih berfikir bagaimana untuk kekal aktif semula seperti manusia normal biasa. - Niat dan harapan untuk kembali ke jalan yang asal masih bermain dibenakku.

....

(Tiba di office dan tempat duduk)

Tangan dan jari yang berurat ni menyambung semula tugas harian seperti biasa dan ini termasuklah kerja-kerja berkaitan dengan projek penting yang telah diarahkan oleh Tuan Sirhan (big bos). Dalam kekusyukkan menatap cahaya monitor, tiba-tiba aku terdengar suara-suara gurauan manja dari jauh. Itu lah suara Hannah dan Noah. Mereka kembali semula ke office setelah selesai bersarapan di luar. (Dalam hati) - "Boleh pula masuk lewat macam ni, mentang-mentanglah anak bos. Si Noah pula, kau ingat senang-senang nak cantas aku."

Bersambung ...

Bidadari Infinite [Muzikal Novel]Where stories live. Discover now