SDL 🌠 13

34 7 0
                                    

Hampir dua hari dia tak bertemu dengan lelaki yang suka menyibuk setiap halnya itu. Meskipun dia kelihatan sangat menyesakkan fikiran, kehilangannya juga agak terasa di hatinya.

Haih... Danny tak rindu nak kacau dia ke?!

Luna menekan hujung key piano dengan lemah. Habis mood dia nak berlatih piano untuk festival teater itu nanti. Sudahlah berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Wajah dialihkan ke arah pentas. Para pelakon yang terdiri daripada pelajar senior masih gigih berlatih.

"Wait, Anna! Where are you go-"

"Argh!"

"Rayden! Kenapa tali ni kamu sepahkan?! Kamu kemas sekarang, Emily!"

Emily yang khusyuk dengan mi segeranya terus tersedak dengan tuduhan tak berasas Sir Noah. Rayden yang tidak bersalah juga tiba-tiba kena mention. Padahal tadi dia nampak Sir Noah yang guna tali tu untuk ikat langsir pentas.

"Saya nak cari maggi lagi" Pantas Emily bangun bersama mi segeranya dan berlalu pergi.

Rayden tersedak apabila wajah Sir Noah tertumpu padanya.

"Mak saya panggil suruh bagi makan kucing" laju sahaja jejaka itu keluar dari dewan.

Sir Noah bercekak pinggang. Tak pasal-pasal dia kena kemas semua benda. Haih!

Luna menghela nafas panjang. Piano dihadapannya dipandang sepi. Biarkan sahajalah Danny tu, kalau dia rasa diperlukan, Danny sendiri akan cari dia.

Luna mengukir senyuman kecil. Dia kena fokus pada teater pula. Jarinya terus menekan key piano itu semula mengikut rentak yang tertera pada kertas notasi.

"Well, well, well. Look here girls. Luna Isabella I'zack. Anak jutawan terkemuka dunia akan menyerlahkan bakatnya dalam persembahan teater Ahad ni. So gempucks"

Luna mengalihkan pandangan ke arah sumber suara itu. Tiara and her crown's. Dia juga anak jutawan seperti Luna. Namun nama ibu bapanya tidaklah semegah nama Puan Elise dan datuknya.

Jap, jap, bagi aku riak kejap.

"Wait, gurls! Are you sure yang budak ketot ni boleh main piano? Kau orang tak ingat ke video yang aku share tadi? So embrassing!" Salah seorang ahli The Crown mula bersuara.

Luna mula tertanya-tanya. Video apa?

"Of course video kau tu dah tersemat dalam otak aku. Anak pemilik syarikat Victory's secret merupakan punca utama Sweet Symphony tersingkir dalam pusingan akhir program muzikal terkenal Willow Field Town!. Oh my ghost! I can't believe yang key piano dia boleh tercabut masa persembahan tu!" Panjang lebar Keina bercerita tentang video yang dikongsi Fiona.

"Tak, tak, the problem is, key piano dia tu terkena muka crush aku tau! I'm so worried bila tengok muka dia merah sebab key piano tu. Nasib sempat bawa pergi hospital tau!" Fiona mula menyuarakan rasa tak puas hati.

"Crush? Did you mean Ivan Daniel? The hottest model in the world?!"

"Iyalah, siapa lagi yang paling hot selain Iv?" Fiona mula kembang hidung.

Keina buat muka menyampah.

"Setakat model dunia je aku tak heran!. Laki kau tu semua perempuan kejar. Entah-entah kau pun tak di noticenya! Ahaks!" Sengaja Keina nak menambah api.

Stella De Luna  [ 𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴 ]Where stories live. Discover now