SDL 🌠 9

42 11 8
                                    

Sila gunakan imaginasi anda kerana TIADA MEDIA yang boleh diletakkan didalam bab ini.

Sebabnya tidak dapat diketahui.

Sekian, Mak Cik Bulan 🌚

===<< 🌠 >>===

Luna membelek kertas tebal yang berada ditangannya. Bibir kecilnya menyanyi perlahan mengikut rentak lagu yang tertera di kertas.

"Born of cold and winter air
And mountain rain combining"

Luna membetulkan anak tekaknya. Dahi dikerutkan memandang pelik lirik itu.

"Macam tak kena pula dengan suara aku"

Helaian sebelah diselak. Perlahan senyuman kecil mulai mekar di wajahnya.

"Huish! Favourite aku ni masa kecil"

Anak tekak diperbetulkan. Pandangan pelik orang ramai tidak dihiraukan. Kakinya tetap melangkah dengan yakin tanpa sikit pun dia memandang ke arah jalan.

"Do you wanna build a snowman?
C'mon let's go and play!"

Senyuman yang bersinar tadi mulai layu secara perlahan-lahan. Lirik itu ditenung lama.

"I never see you anymore,
Come out the door,
It's like you've gone away..."

"Aku pindah je, bukan tinggalkan kau selama-lamanya"

"Ini merupakan peti simpanan suara..."

Bibirnya seakan terkunci melihat bait lirik yang seakan memerli dirinya.

"We used to be best buddies and now we're not..."

"I wish you would tell me why..."

"Sampai ke tua, janji untuk simpan gelang ni?"

"Kau jangan risau, gelang kau aku dah simpan kat rumah aku la"

Langkah Luna terhenti. Matanya mulai berkaca memandang lirik itu. Mindanya asyik memutarkan memori indah gadis itu dengan Lily, rakan baiknya.

"Do you wanna build a snowman?..."

Kepala mulai menunduk. Seolah-olah dia berkongsi rasa hati yang sama dengan Anna.

"It doesn't have to be a snowman..."

"MOVE AWAY LUNA!"

Luna terasa pelik. Rasanya dia bernyanyi sendirian tadi. Dan... kenapa liriknya macam lain?

Sebuah kereta yang bergerak laju dari jauh tidak menghentikan lamunan gadis itu.

TINNNNN!!!!

"LUNA!"

Buk!

"Argh!"

Perlahan gadis itu membuka matanya. Kepalanya yang terhantuk membuatkan dia sedikit berpinar.

"Watch out kids! Dah nak mati cepat ke?!"

Tengkingan dari pemandu itu mengejutkan Luna dan jejaka itu. Tanpa menunggu lama pantas dia beredar dari situ.

"Luna, kau okay? Ingat aku lagi tak?"

Stella De Luna  [ 𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴 ]Where stories live. Discover now