Kereta yang dipandu Jongho berhenti agak jauh dari gedung yang nampak agak ditinggalkan itu. Menurut informat, gedung ini merupakan salah satu gedung terpencil yang tidak mengeluarkan senjata api yang banyak, namun cukup buat lapan orang tentera yang bakal menjalankan misi mereka.
Disebabkan terdapat kemungkinan bahawa tainted sedang memerhatikan gerak geri sesiapa sahaja yang berada di luar gedung dengan bantuan CCTV yang diselenggara selalu, Ateez tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memasuki hutan belukar di sekeliling gedung itu sebelum boleh mendekatinya.
Mereka juga perlu berwaspada dengan perangkap-perangkap yang diletakkan oleh pemilik gedung itu kerana perangkap itu bukan sahaja digunakan untuk membunuh manusia biasa seperti mereka, malah tainted yang berusaha mencuri senjata api di situ pun turut menjadi mangsa.
Disebabkan bunker nuklear yang menjadi tempat tinggal Ateez berada di bawah tanah, penghasilan senjata api sangat terhad kerana mereka tidak mahu gas toksik bocor ke kawasan bunker yang lain. Jadi pasukan-pasukan tentera tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mencuri senjata dan peluru dari gedung senjata api yang jumlahnya bertambah sejak tainted berkuasa.
Mereka sudah menjadi seperti pelarian di tanah sendiri.
Tanpa suara, mereka semua bersedia dengan senjata masing-masing. Dengan bekalan pistol seorang satu, mereka semua keluar dari kereta selepas membetulkan topeng muka masing-masing. Alat komunikasi dipasang tanpa sebarang pergerakan yang dibazirkan. Alatan elektronik untuk kegunaan kecemasan juga telah disediakan oleh Yeosang supaya dapat digunakan sekiranya keadaan memaksa.
Kaki mereka berjalan tanpa menghasilkan sebarang bunyi, sama seperti sehari-hari di waktu latihan, walaupun lantai dipenuhi dengan daun kering yang akan menghasilkan bunyi sekiranya dipijak.
Pasukan mereka hanya mempunyai tiga protokol misi; pertama, jangan hasilkan bunyi. Kedua, gunakan peluru dengan bilangan minima. Ketiga dan yang paling penting, pastikan mereka pulang bersama sebagai satu kumpulan.
Walaupun tainted tidak mempunyai deria setajam manusia biasa, mereka masih boleh mendengar keadaan sekeliling mereka. Maka, lebih baik mereka bergerak dengan langkah yang bisu.
Sampai sahaja mereka betul-betul di belakang gudang itu, kelihatan beberapa orang tainted sedang menyusun kotak senjata api yang baru sahaja selesai dibuat. Seonghwa sebagai sniper mengangguk sebelum bergerak pantas.
Kedua-dua mereka bertugas sebagai back up sekiranya perkara tidak diingini berlaku. Yunho segara bergerak ke hadapan untuk memerhati keadaan. Tugasnya ialah untuk mengenal pasti kedudukan perangkap.
Dengan bantuan teropong terma dan pengetahuannya yang diasah sejak lima tahun berkhidmat dengan angkatan tentera, tanpa sebarang masalah Yunho menanda perangkap di atas skrin yang terpampang lukisan pelan gedung itu.
Ahli pasukan yang lain hanya mampu terlopong dengan kepantasan dan akurasi Yunho. Bagi mereka, jika bukan disebabkan tiga kepala yang berada di dalam kumpulan Ateez, sudah semestinya mereka sudah dijangkiti atau mati dibunuh oleh tainted.
Tidak sampai dua minit, Yunho sudah mengenalpasti semua perangkap yang berada di hadapan mereka, sama ada kelihatan atau tersorok, di atas atau di dalam, yang akan membunuh ataupun tidak. Pen yang digunakan disemat ke dalam poket baju sebelum matanya memandang tepat ke arah ketua yang sudahpun membuat kira-kira untuk memasuki gedung itu tanpa seorang pun cedera.
Tangan Yeosang dengan pantas memasukkan data yang dilukis oleh Yunho ke dalam sistem cermin mata AI yang akan mereka gunakan sebentar sahaja lagi. Cermin mata itu akan dapat memastikan jarak diantara mereka dengan perangkap yang baru sahaja di pin poin oleh Yunho dan juga cara terbaik untuk mengelak dari mengaktifkan perangkap itu.
YOU ARE READING
✔ ᴄʀᴇꜱᴄᴇɴᴛ +ᴀᴛᴇᴇᴢ
EspiritualKehidupan di atas muka bumi bukan lagi satu pilihan. Manusia kembali hidup dalam keadaan takut, berlindung dari spesies sendiri, bagaikan mangsa yang melarikan diri dari pemangsa. Tapi siapa boleh salahkan mereka? Tiga tahun mereka sengsara, seorang...