Robert.
Robert tertiarap di kaki jalan menahan kesakitan. Bibir tepi sebelah kanan nya yang pecah mengalirkan darah merah pekat.
"Sial!" Pekik hati nya. Diraba pipi sebelah kanan terasa tebal bekas tamparan tangan Ah Meng."Wa bagi lu masa sampai malam esok kasi settle lu punya hutang, esok wa datang lu punya rumah," kata Ah Meng sambil menarik rambut Robert. Kemudian Ah Meng bersama tiga orang rakan nya berlalu pergi dari situ meninggalkan Robert.
Semenjak wabak Covid melanda dunia, perniagaan kelab malam Robert terjejas teruk. Kerajaan langsung tidak membenarkan kelab-kelab malam beroperasi. Ratusan ribu ringgit Robert telah laburkan untuk membuka kelab malam miliknya.
Jalan akhir baginya adalah dengan meminjam wang daripada ceti haram dengan harapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berakhir dengan cepat. Tetapi Robert silap percaturan, wabak Covid-19 bukanlah virus biasa yang boleh berlalu pergi begitu sahaja. Ribuan nyawa telah terkorban. Malahan ekonomi seluruh dunia merudum akibat penangan Covid-19. Kini kelab malam miliknya terpaksa ditutup.
Ah Meng
Ah Meng bukanlah orang lain dengan Robert. Ah Meng merupakan sepupu kepada Robert dan disebabkan itulah Robet berani meminjam duit daripada kompeni lintah darat milik Ah Meng. Ah Meng tau yang Robert akan terpedaya dengan pujukannya untuk meminjam duit, kerana Ah Meng punya muslihat lain yang sudah lama direncananya.
Ah Meng inginkan isteri Robert untuk dijadikan santapan nafsunya jika Robert gagal membayar pinjaman. Sally dengan kulit putih melepak, saiz payudara yang cukup besar dengan buntut sedikit tonggek telah lama menaikkan nafsu nya.
Dulu Ah Meng berhasrat untuk menjadikan Sally suri hatinya. Ah Meng yang terlebih dahulu mengenali dan berkawan dengan Sally semenjak zaman persekolahan. Tapi tanpa disangka Sally telah terpikat dengan Robert ketika Ah Meng membawanya ke rumah ketika jamuan makan besar pada malam sambutan Tahun Baru Cina. Ah Meng tidak menyangka Sally akan memilih Robert berbanding dirinya. Perkara ini yang membuatkan Ah Meng menyimpan dendam dan berhasrat memiliki tubuh genit Sally suatu hari nanti dan kini masa nya telah tiba. Hati Ah Meng berbunga riang.
Sally.
Robert masuk ke dalam bilik dengan muka yang lebam dan membuatkan Sally terkejut.
Sally pantas mendapatkan Robert tetapi belum sempat dia bertanya Robert telah menolak tubuhnya dan berlalu pergi ke dalam bilik mandi.Akhir-akhir ini Robert agak dingin dengan nya. Telah 2 bulan dirinya tidak disentuh dan Robert melayan nya acuh tak acuh sahaja. Sally tau tentang masalah kewangan yang dihadapi oleh Robert dan perihal suaminya meminjam duit daripada Ah Meng. Sally tidak boleh berbuat apa-apa kerana Robert sering membelakangkan dirinya dalam membuat sebarang keputusan.
"Sayang, kenapa dengan muka u?" Soal Sally sebaik sahaja Robert berbaring disebelahnya.
"Ah Meng yang buat la! Esok malam dia mau semua duit yang i sudah pinjam. I mana ada duit mau bayar ma!" Bentak Robert dengan nada yang tinggi.
"Takpa la, Sally cuba cakap sama Ah Meng la untuk bagi kita masa bayar itu wang. Sayang tak payah risau okay." Ujar Sally dengan nada yang lembut sambil cuba memeluk Robert. Tapi pelukan nya ditepis oleh Robert.
"Jangan harap la Ah Meng mau dengar you punya cakap!" Robert segera memusingkan badan nya ke arah lain.
Sally menarik nafas kecewa. Dirinya inginkan belaian mesra daripada Robert. Akan tetapi suaminya seperti tidak bernafsu memandang dirinya. Esok pagi Sally akan berjumpa dengan Ah Meng. Dia akan merayu melutut di depan Ah Meng agar diberi tempoh masa untuk melunaskan hutang piutang suaminya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Covid-19
RomanceHimpunan kisah-kisah pendek yang berlaku ketika pandemik Covid-19 datang mengganas. Bukan sedikit yang terkesan, malahan bukan sedikit yang kehidupannya hancur dek kerana penangan Covid-19.