Saya sebatang pen.

28 1 0
                                    

Saya sebatang pen. Tubuh saya berwarna merah. Saya mempunyai empat jenis dakwat. Tuan saya sangat sukakan saya. Dia gunakan saya untuk bunuh musuhnya. Saya juga dilengkapi dengan bom yang mampu meletup sekitar lima kilometer persegi.

Amin Ghazali mengorek telingganya. Betulah pen yang dia jumpa tadi boleh bercakap.

"Kau ini apa sebenarnya ?"

Sekali lagi Amin Ghazali bertanya.

"Saya seba..." Pen ditangannya tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

"Maksud aku ... macam mana kau boleh bercakap ?" Amin Ghazali masih tidak percaya.

"Aku telah direka begini oleh kerajaan bagi membantu tuan aku menyelesaikan misi rahsia yang berbahaya." Pen itu perjelaskan apa yang berlaku.

"Dimana tuan kau ?"

"Dia telah terkorban ketika menyelesaikan misi." Pen tersebut berterus terang.

"Misi apa ?" Amin Ghazali.

"Saya tidak boleh beritahu." Balas pen tersebut.

Amin Ghazali terdiam. Dia mencari akal bagaimana mahu mendapatkan lebih banyak maklumat.

"Aku nak panggil kau apa ?" Amin Ghazali bertanya.

"Nuclear Invasion Catastrophic Object Plas.........." Jawapan dari pen ganjil disamput oleh Amin Ghazali.

"Okay-okay aku panggil kau Nico." Amin Ghazali memberi nama pada objek di depannya.

"Terima kasih." Entah kenapa Nico bercakap sedemikian.

"Dimana kali terakhir kau bersama tuan kau berada ?" Amin Ghazali bertanya.

"Lorong 17 Submit 08."

"Eh, itu dekat kilang roti kan ?" Amin Ghazali menyimpan Nico ke dalam poket lantas mendapatkan basikalnya.

Kayuhan basikal Amin Ghazali pasti akan membuatkan geng rempit yang baru hendak naik terpesona. Laju seperti pelesit.

'Skrehhhhhhh.' Hasil bunyi tapak kasutnya bergeser dengan jalan tar.

Amin Ghazali melihat sekeliling namun tiada apa yang mencurigakan. Basikal ditinggalkan dan dia mundar-mandir sekeliling kilang roti.

"Dimana ?" Amin Ghazali memandang Nico.

"Sana tepi longkang." Suara Nico kedengaran dari dalam poket.

Masih tiada apa yang ganjil.

"Dimana dia pergi ?" Amin Ghazali bersungguh-sungguh mencari mayat empunya pen yang dijumpainya.

"Mungkin musuh dah hapuskan bukti ?" Nico membuat andaian.

Kalau begitu kita pulanglah dulu.

Di dalam bilik asrama. Amin Ghazali hanya mengenakan kain tuala berwarna pink.

"Kenapa kau nak cari tuan saya ?" Nico bersuara.

"Aku nak tolong dia. Itu tanggungjawab aku." Amin Ghazali memberitahu.

"Tanggungjawab kau ?" Nico bertanya.

"Ya, aku lakukan semua ini demi bandar kita." Amin Ghazali membuat pengakuan.

"Apa maksud kau ?" Nico pulak yang kehairanan.

"Dalam bandar ini terlalu banyak jenayah. Jadi aku fikir sudah tiba masanya aku tewaskan penjenayah dengan tangan aku sendiri. Sebelum ini aku tiada sebarang kuasa tapi kini kau ada bersama aku." Amin Ghazali kelihatan bersemangat.

Saya Sebatang PenWhere stories live. Discover now