Kelas yang diam itu aku pandang sepi. Mana pergi kalut kemain tadi ? Rimasan dalam kepala semakin kuat. Dengan bahangnya, dengan awkwardnya, dengan member sebelah tak mahu tegur lagi sedari tadi. Aku cuma membatu tepi dinding kelas melayan perasaan. Tapi jelingan menyampah seseorang dari bahagian hadapan kelas lagi menarik perhatian aku.
" Hensem, muka nampak baik tapi duk jeling jeling dari tadi. Korek biji mata tu kang." Tuturku dalam hati. Mati pulak aku kang kalau berterus-terang.
" Okay, maafkan saya semua. Saya terlambat beberapa minit. Okay then, we proceed with introducing yourself one by one starts from my right."
Mula dari dia. Jarang-jarang aku beri perhatian penuh ni pada orang ni.
" Assalamualaikum. Nama Akmal Farish. Boleh panggil Mal. Dari kelas 2 Bestari tahun lepas."
Sedap nama dia tapi mukanya tidak. Tanpa aku sedari, giliran aku sampai ketika aku termenung. Kawan sebelah mencuit tangan aku dengan kuat. Aku mendengus malas sebelum bangun memperkenalkan diri.
" Hi. Nama Aisyah Humaira. Kelas 2 Etika."
" Aik, tu je ke ?" Alamak cikgu ni nak lebih lebih pulak dah.
" Iye cikgu. Itu saja." Sengihan besar aku sedekahkan pada guru kelas aku yang bernama Fadhil itu.
" Ha yelah. Duduklah balik." Cikgu Fadhil meneruskan sesi pengenalan diri. Aku terus menerus mencuri pandang lelaki itu. Kalau iya pun tak suka kelas ni, tak perlulah buat muka kot.
————————————————————————
Derap kaki aku makin laju. Aku frust sebab langkah alu terasa perlahan saja harini. Biasanya laju sampai nak terbang kalau boleh. Mungkin harini terasa perlahan sebab aku datang lambat. Repeat. Iya aku bangun lambat. Aku bangun bangun tidur lambat sebenarnya. 6.30 pagi dikira lambat bagi kami yang duduk asrama dan ada kelas hafazan pukul 7.00 pagi. Ini pula baru masuk minggu kedua kami masuk sesi tahun ni." Pagi lagi dah buat hal." Ujarku. Tapi aku tak berapa malu sangat sebab rakan rakan sedorm pun 2 kali 5 perangai aku. Taklah dikira kawan baik tapi dikira member rapat ah kiranya. Aku sempat menjeling kearah sorang sorang rakanku tang mengikut langkah aku.
" Woi gila, sabar jap. Nasi goreng duluu."
Sebegitu gila kami ini sampai sempat beli nasi goreng ayam 4.00 di kantin pada pukul 7.02 pagi. Buat yang bangun lambat, tiada rezekilah makanan di Dewan Makan. Semua sudah diberi kepada tong sampah belaka.
Kami perasan jelingan para asatizah mula memandang sinis kepada kami. Sudahlah lambat, selamba pula tebalkan muka beli makanan di kantin depan mereka.
" Cepat woi. Kena rembat dengan GGD kang."
GGD stans for Geng Gila Disiplin. Jangan tanya berapa banyak kekreatifan kami sampai keluar dah nama ni.Selesai urusan, kami terus berlari. Jarak asrama dengan sekolah tak sampai 3 minit tapi mengahnya nak naik tangga tu babe. Boleh buat semput kalau main lari jauh sangat.
Aku sempat masuk sebelum ustaz aku masuk. Sekolah kami perlu tasmik sehelai sehari muka surat al-quran. Mungkin lebih kenal sebagai penghafaz mungkin. Dan seperti biasa aku buat endah tak endah pada rakan sehalaqah yang pandang pelik dari tadi.Tiba-tiba Ustaz Asif - kami panggil dia Ustaz Singa.
" Ustaz kamu meeting. Ustaz ganti. Nanti halaqah ustaz masuk duduk sekali."
Jantung aku yang tak habis penat berdenyut tadi makin kuat berdenyut. Mana taknya, tasmik dengan ustaz garang kot. Aku ni dahla memang kuat tidur.
Baru mahu menyambung ayat, mata aku sempat terpaut pada pandangan aku kenal.
Akmal Farish. Dia.
Sejak hari pengenalan diri, aku jarang bertemu dia. Dia terlampau sibuk bersukan dan berolahraga sana sini. Atlet Harapan Sekolah. Itulah yang aku suka gelarkan dia. Tapi kalini, aku tak faham apa rasa ni. Gurauan mungkin. Setidaknya untuk tutup gundah hatiku.
Kelas disambungkan seperti biasa. Baru 30 minit kelas, aku sudah tersengguk. Kehidupan baisa pelajar asrama. Mengantuk tiap malam tak dapat dikawal. Perlahan-lahan mataku tutup dan aku tak dengar apa-apa lagi selepas itu.
Secara tiba-tiba, aku terasa cuitan di bahu kanan terasa kuat sekali. Aku tahu ini cuitan perempuandan bukannya cuitan lelaki. perlahan kepala diangkat dan ternyata semua kepala memandang ke arahku. Muka aku dah jadi semerah tembikai. Malu bukan kepalang. Bukan malu dengan rakan rakan tapi dengan dia. Kebiasaanya, aku akan tertidur selepas tasmik dan hanya akan tasmik dengn ustaz aku tapi ini sampai sudahla aku tak tasmik hari ini.
" Dah bangun dah, Sleeping Beruk. Kau pergi basuh muka sekarang jugak sebelum ustaz baling rotan ni pada kamu."
Terus berlari ke tandas. Nak tak nak kena jugak la kan. Dari sipi mata aku nampak dia buat muka normal and no reaction dia.
Iya, aku nak tengok dia senyum depan aku. Entah kenapa entah. Rasa malu dan sedih kena marah sebentar tadi mula hilang diganti dengan perasaan baru, rasa gembira dan berdebar bila berjumpa dengannya di kelas. Aku pun tak faham.
YOU ARE READING
We'll meet again
RomanceThe story of ' she fall first but he never fall for her ' Ya, aku terlampau ego dan malu sampai semuanya terlambat for me to say but let me had one more chance to say ; i love you and forever.