𝔹𝔸𝔹 41

902 50 0
                                    


"Dengar cakap suami tu Yani... kamu tu dah berlaki sekarang..."Kata Puan Hayati. Faryani tersenyum. "Nanti Yati dengan Han selalu datang jenguk mak ya...mak sihat sihat tau..."Faryani mengalirkan air mata.

"Inshaallah mak sihat... apa kamu ingat mak dah tua hello cantik sikit ya... umur mak baru 43 muda lagi hebat lagi ha..."Kata Puan Hayati. Faryani tersenyum.

"Jangan risau... mak bukan sorang... ni banyak bodyguard ni ha... jiran pun ada tu Makcik Ara.."Faryani tersenyum.

"Mak hati hati tinggal dekat rumah besar ni..."Kata Farhan. Puan Hayati megangguk kalau korang nak tahu rumah Puan Hayati ni dah macam banglo tau dan 3 tingkat kawasan pun dah tak berpasir disimen dah ada garaj lagi lepastu ada kereta BRV dan Alphart hitam dihadiahkan untuk Puan Hayati. Nak bagi Lamborghini tak mahu takut jadi bujang nanti hahaha. Puan Hayati pun sekarang dah bukak bisnes Buah buahan tempatan.

"Yer... hati hati anak anak mak..."Mereka bertiga saling berpelukan.

skip

"Sayang nak sambung belajar ke?"Tanya Firash Faryani menoleh. "Kalau abang izinkan sayang okay je.."Balas Yani. "Kalau abang kata abang taknak sayang sambung berlajar sayang okey?"Tanya Firash semula. Faryani tersenyum.

"Yani tak kisah... Yani ikut je... abang suami Yani abang berhak buat keputusan..."Kata Faryani sambil melentok kepalanya di dada bidang Firash. Firash mengusap kepala Faryani.

"Tengok tu... baru nampak Firash tu sweet jer..."Kata Khaireen kepada Mardrianz. "Tak yah sibuk lah..tidur..."Mardrianz menarik semula kepala Khaireen ke dadanya. Khaireen mencebik.  Sudah 5 jam mereka di dalam PJ.

Mardriana memandang wajah penat Adyyan yang dilekap di dadanya itu.

"Tulah biey... suruh tadi lepas subuh sibuk nak livik lah push rank lah..."Kata Mardriana sambil bermain rambut coklat Adyyan. Adyyan mencelik mata.

"Alah bukan selalu.."Mardriana mencebir. "Bukan selalu konon.."Adyyan tersengih.

Farhan yang sedang mendengar lagu itu melihat semua yang ada di PJ itu sungguh dia tidak sangka akan dapat menjadi keluarga jutawan terkaya di Seluruh dunia ini. Pandanganya di buang ke arah tingkap. Awan yang cerah itu di tatap.

Skip

Perancis, 7. 50 malam

"Wah cantiknya..."Pegun Faryani, Mariessa dan Farhan maklum lah orang baru.

"Nanti esok esok kita jalan jalan yer..."Kata Fattah. Mariessa mengangguk.

"Erm... Firash korang duduk rumah sendiri atau... rumah mama dengan baba?"Tanya Farhan. Mama dan Baba yang di maksudkan ialah. Alex dan Meera.

"Tak... kita akan duduk rumah mummy dengan daddy... semua duduk situ sebab rumah diorang je paling besar...."Farhan mengangguk.

"Nanti lusa korang dah start sekolah..."Kata Fattah sambil memandang isterinya.

"Erm... nanti kitten kene sekolah lah?"Tanya Mariessa. Fattah mengangguk. "Kenapa?"Tanya Fattah. "Nanti kitten tak boleh nak selalu ada dengan abang..."Kata Mariessa sambil memuncung. Fattah tersenyum."Kalau macam tu kitten homeschool lah..."Kata Fattah sambil mengeyit mata. Mariessa ketawa. "Taknak lah nak sekolah lah..."Kata Mariessa. Fattah mencebik.

"Jauh ke sekolah dari rumah?"Tanya Farhan. "Tak de lah jauh mana..."Jawab Fattah. Farhan mengangguk.

Sampai di rumah Mark. Alia memang sudah di pintu menunggu kehadiran semua. Alia dan Mark pulang awal ke Perancis selepas majlis Firash dan Faryani.

"Assalamualaikum Mummy..."Kata Mardrianz. Alia membalas. Faryani, Farhan dan Mariessa melompong melihat banglo 6 tingkat campur rooftop ye.

"Masuk lah... Farhan, Mariessa dan Faryani tunggu..."Kata Mark. Mereka mengangguk Firash dan Fattah setia bersama isteri mereka.

MAFIA STORIES 2 ✔︎Where stories live. Discover now