Prolog 1

156 13 2
                                    

"Tu. The purple plum one." Jari telunjuk ditujukan kepada seorang perempuan yang ayu bertudung purple plum, yang sedang rancak berborak dengan kawan-kawannya di meja hujung sana. Sakan betul bergelak ketawa dekat sana sampai tak perasan dia yang duk perhati perempuan itu dari tadi. Ramai semacam je tu. Reunion ke?

Kepala dipusingkan perlahan-lahan dengan mata turut dialihkan mengikut jari telunjuk teman keji yang seorang ni. Target dijumpai tapi... Pandangan dialihkan semula ke wajah si teman yang dah menarik senyum keji. "Tak nak la weh. Ramai sangat tu." Suara dah merengek minta lepas daripada permainan mereka. "Lain. Lain." Cubaan tawar-menawar dimulakan.

Sepasang mata ketiga turut jatuh pada subjek cabaran. Eh? Macam kenal je? But who?

Kepala digelengkan laju. "Ah gedik kau. Kau yang kalah game, kan?" Tegas dia memberikan kata putus. Tadi sewaktu bermain boling, mereka dah set permainan awal-awal. Siapa yang kalah kena bayar untuk game dan kena buat satu cabaran. Dan ditakdirkan biawak gelabah di depannya kalah, maka kena la langsaikan hutang permainan yang terakhir.

"Awek lain la please. Yang dua orang tu ke?" Dia masih cuba untuk mengelak daripada memalukan diri depan crowd ramai di meja hujung kedai sana dengan menunjukkan dua orang perempuan selang dua meja di sebelah kiri mereka. Mana nak letak muka nanti???

"It. Has. To. Be. That. Amoi." Sepatah-sepatah ayat itu meluncur dari bibirnya. Nak perempuan tu juga.

Perempuan yang duduk di sebelah lelaki keji tadi hanya senyap memandang lelaki di sebelahnya dengan muka pelik. Kenapa nak perempuan tu juga? Pandangan dialihkan kembali ke wajah perempuan bertudung purple plum di sana. Chinese-hybrid. Lama. Merenung macam nak tembus sambil cuba mengorek kotak ingatannya. Shoot! Is it her?

Nafas dihela kasar sebelum kerusi ditolak ke belakang. "Fine." Ujarnya keras sebelum terus bangun, berlalu menuju ke meja di hujung kedai sana. Jantung dah main aci kejar sebab cuak plus segan yang tak tahu nak letak taraf apa. Perlahan-lahan kakinya menghampiri perempuan yang dimaksudkan mereka dari tadi sebelum berhenti betul-betul di sisi kiri belakang perempuan itu. Ya Allah! Kenapa minah ni duduk dekat tengah-tengah meja pula??? Kalau dekat tepi kan senang. Takde la jadi centre of attraction sangat.

Teman-teman semeja perempuan itu yang rancak berborak dari tadi tiba-tiba senyap apabila ekor mata mereka menangkap seorang lelaki entah turun dari mana tiba-tiba berhenti di meja mereka. Rasa macam takde sesiapa yang kenal dengan lelaki itu.

"Ya? Kenapa? Kami bising sangat ke?" Cuak suara seorang perempuan yang duduk berhadapan dengan target bertanya.

Damn it! Sekarang dua belas pasang mata memandangnya pelik. "Eh tak." Kepala digelengkan laju. Gasak je la, boy. Mukanya ditundukkan sedikit untuk memandang perempuan bertudung purple plum itu yang dah memalingkan muka ke belakang, memandangnya. "Saya nak cakap sesuatu dengan awak." Nada suara cuba ditahan biasa.

Berkerut seribu dahi perempuan bertudung purple plum itu. Aku ke? "Kita kenal ke?" Soalnya pelik. Rasa macam tak pernah jumpa. Dah kenapa tiba-tiba nak cakap dengan dia?

Kening yang tak gatal digaru perlahan. "No but I would like to know you." Senafas dia mengucapkan. Cabaran yang disuruh oleh temannya tadi adalah 'berkenalan' dengan perempuan berwajah kacukan Cina di hadapannya sekarang.

"Hah?" Rahang bawah dah jatuh mencecah lantai memandang lelaki bert-shirt putih dengan seluar jeans biru cair di sisi belakangnya.

"I'm Dzariff." Datar dia memperkenalkan diri dengan bibir bertampal senyum plastik.

"Oookay." Teragak-agak perempuan itu menjawab sambil menganggukkan kepala perlahan-lahan. Tak tahu apa nak buat sekarang. Kawan-kawan sekolah dia semua sedang menumpukan perhatian kepada 'perbualan' dia dengan lelaki yang perkenalkan diri sebagai Dzariff tadi. Muka dah helok dah tapi kenapa pelik sangat dia ni? Nak kata buaya cuba ayat awek macam tak lepas syarat je.

Di meja sana, dua pasang mata sibuk memerhatikan drama sebabak Dzariff dengan perempuan bertudung purple plum itu.

Muka dipalingkan ke kanan, memandang Haraz di sebelah yang dari tadi dengan riak muka keji tahan gelak dia. Seronok la tu buli Dzariff. Riak muka skeptik kini bertampal di wajahnya. "You know that lady." Ayat penyata yang keluar dari bibir Dania. Bukan soalan.

Pecah tawa kecil Haraz sambil mengalihkan pandangan kepada Dania. Mata bersinar nakal bercampur keji. Mulut diam tak memberikan respons kepada Dania.

Ye la tu. "And that lady is... Hana Lee?" Itulah jawapan akhir Dania selepas bertungkus lumus cuba memikirkan siapa amoi cun yang menjadi mangsa keadaan di meja hujung sana. Kenapa nampak lain sangat Hana tu?

Kepala dianggukkan laju sebelum pecah lagi tawa Haraz. Dania turut sama ketawa. Tak boleh tahan dengan permainan keji Haraz.

DandelionWhere stories live. Discover now