*Prolog 3*

49 7 0
                                    

~ sorry to give you a false hope if you're hoping for the next chapter. Actually this prologue was written more than a year ago and it was meant to be kept for physical book version (if any), but I suddenly feel the urge to share this chapter with my 2-3 readers. Maybe because I'm currently suffering from crying spells. Reading this prologue now, makes the emotional blow indefinitely hard. It hits differently when I have to face this thing first hand. To make it excruciatingly painful, I have to move out and report for duty next week. There's nothing I can do except from humbly asking you to pray for my mother, Saadiah Ibrahim, who is currently in CICU after a major emergency heart surgery. Please pray for her health. Thank you ~

~~~~~

Angin petang berpuput lembut menyapa wajah yang tak beriak. Telinga yang disapa dengan bunyi anak-anak kecil sedang bergelak ketawa dan perbualan orang di sekelilingnya, bagaikan angin lalu. Dibawa pegi bersama angin yang bertiup di laman anjung hospital yang terletak di tingkat 4 bangunan itu. Mata memandang kosong pokok-pokok hijau yang menghiasi taman mini itu dan dipagari binaan batu paras lutut yang bersambung dengan kerusi-kerusi batu taman. Kaki yang dari tadi melangkah perlahan tanpa arah kini terhenti di hadapan salah satu kerusi batu taman.

Lutut yang dipaksa untuk tegap, berdiri teguh, kini longgar. Terus dia jatuh terduduk di atas kerusi batu taman itu. Riak muka automatik berubah mendung. Mata yang sembap terasa panas semula. Kelopak mata ditutup perlahan. Air mata terasa hangat mengalir ke pipi dari celah kelopak mata yang tertutup. Buat kesekian kalinya, dia tewas lagi. Tenggelam dalam emosi yang menyesakkan dada.

Siapa sangka dalam masa seminggu, dunia dia akan berubah kelam serta-merta? Siapa sangka, kepulangannya dari outstation di Johor bakal disambut dengan berita Mama terlantar di wad hospital? Siapa sangka demam on and off 'biasa' dan rasa tak sedap badan yang dialami Mama selama dua minggu lepas adalah sesuatu yang luar biasa? Siapa sangka satu per satu organ dalaman penting Mama akan mula menunjukkan kegagalan fungsi dalam tempoh waktu yang sangat singkat? Dan... siapa pula sangka yang dia mungkin akan kehilangan dunianya bila-bila masa sahaja sekarang ini?

Memori tadi bertandang semula.

Hati yang pedih terasa disiat-siat melihat bilik kecil yang dipenuhi dengan mesin dan peralatan perubatan itu. Dengan wayar berselirat. Dan semestinya... pedih tak terkata apa melihat syurganya terbaring lesu di atas katil yang dinaikkan 30 darjah. Langkah dihentikan dalam jarak selamat dari katil wad.

Pinggir bibir dipaksa menarik senyum kecil. "Mama, kakak datang ni," ujar Hana lembut dengan mata tak lepas memandang wajah syurganya. Sedaya upaya dia menahan diri daripada membawa tangan si ibu ke dalam genggaman. Mama nampak okey sikit berbanding tempoh hari.

Bibir Puan Hazirah melorek senyum kecil meskipun terasa agak tidak selesa dengan tiub hidung bersaiz sedikit besar daripada biasa yang terletak di atas bibirnya. Tiub itu berfungsi untuk menghantar bantuan oksigen dalam kadar penghantaran yang tinggi ke paru-parunya yang mula mengalami kegagalan.

"Kenapa buruk sangat rupa ni?" Rendah dan perlahan suaranya dipaksa untuk dilontarkan keluar dari anak tekak. Badan terasa penat sangat. Mata ralit menyapu wajah si anak yang kelihatan sembap dengan mata dan hidung merah. Selendang yang selalu dipakai dengan kemas dan bermacam-macam gaya pun dah rupa apa je.

Senyuman tawar terpaksa diukir di bibir mendengar usikan itu. "Buruk tang mana? Lawa la ni. Macam biasa," sangkal Hana dengan nada suara ditahan sebiasa yang boleh. Macam mana rupa dia tak serabut kalau pagi petang siang malam dia menangis tak henti sebab separuh jiwanya sedang bertarung nyawa di wad unit rawatan rapi?

Puan Hazirah tersenyum kecil.

Buat seketika, ruang wad unit rawatan rapi itu hanya ditemani alunan zikir dari corong pembesar suara di dinding bilik. Tenang dan damai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DandelionWhere stories live. Discover now