Kaki berkejar laju di lobi elok je dia turun dari kereta rakan sekerjanya di hadapan ruang legar lobi utama bangunan. Hampir-hampir dia terlanggar beberapa orang pelawat semasa sibuk mencelah sambil berlari ke arah lobi lif pelawat. Pandangan pelik orang keliling langsung tak diendahkannya. Tudung selendang yang dipakai dan dibiarkan lepas ke belakang dah gaya kibaran bendera. Bendera kecemasan. Hidung mula disapa dengan bau cecair pembasmi kuman. Bau hospital. Tangan dah terasa dingin beku.
Please let everything be alright... Please...
Nasib baik sekarang memang waktu melawat. Kalau tak, lambat la dia nak sampai ke wad sebab kena tahan dengan pak guard yang menjaga di lobi lif. Butang lif ditekan banyak kali sambil mata melilau memandang dua skrin kecil di atas lif yang memaparkan keberadaan kedua-dua lif tersebut. Muka tegang berkerut seribu. Hati resah serba tak kena.
Cepat la. Cepat la.
Tubuh terus menghilang ditelan lif elok je pintu lif terbuka. Butang nombor empat ditekan laju. Bibir bawah digigit perlahan sambil menanti pelawat yang turut sama menunggu lif untuk masuk ke dalam perut lif. Tangan sedaya upaya ditahan daripada menekan butang tutup pintu lif supaya lif boleh bergerak naik di saat itu juga.
Kaki terus diayun laju ke arah wad 4B sebaik sahaja pintu lif terbuka. Mata melilau tajam mencari kelibat seseorang di dalam wad. Telinga kini diasak dengan bunyi daripada vital sign monitor di celah bunyi orang berbicara sesama sendiri. Pesanan panggilan yang diterima tadi bermain di fikiran.
"Thing doesn't look good... The current antibiotic regimen is not working as expected... Doktor suruh pindah ke katil ruang depan kaunter jururawat supaya senang nak monitor in case anything happens. Bed 13."
Jantung yang berdegup laju mengepam darah makin hilang rentak apabila pandangannya disapa dengan figura orang yang dicarinya sedang berdiri sambil memeluk tubuh yang sedikit menggigil. Langkah terus dituju ke arah orang itu.
Bahu si adik dipegang dengan sebelah tangan untuk mendapatkan perhatian. "Mama mana???" Tanpa sebarang sapaan soalan itu meluncur laju dari bibir Hana sebaik sahaja dia mendapatkan adiknya. Deru nafasnya yang tak teratur jelas kedengaran di telinga sendiri.
Muka dialihkan ke sisi apabila terasa bahunya disentuh serentak dengan soalan yang diajukan tadi. Mata terasa makin berair apabila pandangannya disapa dengan riak wajah risau kakaknya. "Kakak..." Suara Maya bergetar menahan tangisan memanggil si kakak.
"Mama mana???" Soalan yang tak berjawab tadi diulang Hana. Dahi berkerut memandang wajah si adik. Dada turun naik mengejar udara.
Jari telunjuk kanan perlahan-lahan diangkat dan ditujukan ke arah langsir kubikel yang menutupi sebuah katil. "Doktor tengah attend. Tadi... Mama... tiba-tiba confused. Macam bukan diri dia... Her blood pressure dropped suddenly too..." Rendah dan tertahan suara Maya menjawab. Mata yang berkaca-kaca perlahan-lahan mengalirkan air mata. Tak mampu untuk menahan lagi. Takut...
Air liur ditelan payah melihat keadaan Maya. Mata yang ditahan daripada menangis terasa makin panas sebelum pandangannya kabur dengan air mata yang bertakung. Tubuh si adik automatik ditarik ke dalam pelukan. Tangan kanan dibawa menggosok belakang badan adiknya. "Mama will be fine." Rendah Hana berkata dengan suara ditahan sedaya upaya daripada bergetar. Bibir diketap kuat apabila esakan kecil Maya mula kedengaran. Menahan diri sendiri daripada tewas dalam tangisan.
Mama will be fine.
Mama will be fine.
Mama will be fine.
Berulang kali ungkapan itu diulang dalam kepala. Cuba untuk membasuh fikirannya daripada dicemari fikiran buruk.
YOU ARE READING
Dandelion
SpiritualDANDELION DITIUP ANGIN~~~ Analogi yang boleh ditafsirkan kepada dua maksud tersirat yang berbeza seperti langit ke-tujuh dan kerak bumi. Tafsiran pertama: Is my change causing all the good deeds I did and do... gugur terbang gitu je? Macam bunga dan...