SUDAH seminggu berlalu, Aleeya sudah biasakan diri tinggal di rumah sewa sendirian. Walaupun pada mulanya, ketakutan menguasai diri. Kuih gomak yang baru siap dibuat dimasukkan ke dalam bekas Tupperware untuk diberikan kepada jiran sebelah. Ini merupakan kali pertama Aleeya cuba beramah mesra dengan jirannya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum melangkah pergi meninggalkan dapur.
Sekali lagi nafasnya ditarik apabila Aleeya berdiri betul-betul dihadapan pintu pagar jiran sebelah. Kalau bukan disebabkan ibu dan ayahnya di kampung yang inginkan Aleeya beramah mesra dengan orang sekeliling, perkara ini tidak mungkin akan terjadi. Loceng ditekan. Berdasarkan pemerhatiannya selama seminggu ini, jirannya merupakan seorang wanita yang sudah berpangkat nenek.
Hampir seminit berlalu, barulah wanita yang Sebaya dengan neneknya menghampiri pagar. “Assalamualaikum auntie.” Senyuman Aleeya hampir hilang dari radar apabila Engku Saloma itu langsung tidak membalas senyumannya.
“waalaikumussalam.” Pagar dibuka. “masuk.” Tanpa Aleeya memberitahu tujuan kedatangannya, Engku Saloma memintanya masuk ke dalam rumah. Tanpa bantahan, Aleeya melangkah masuk mengikuti langkah Engku Saloma.
Aleeya berhenti betul-betul di hadapan pintu, apabila Engku Saloma hanya melangkah masuk ke dalam rumah. Tatkala ini, jiwa Aleeya meronta-ronta untuk pulang ke rumah dengan segera. Reaksi Engku Saloma seakan-akan tidak menyukai kedatangannya. “masuklah. Buat apa tercegat kat situ lagi?” dengan suara yang tegas, Engku Saloma mengarahkan Aleeya masuk. Mata Aleeya sudah menyediakan kolam mini. ‘ibu! Nak balik.’
“Ok.” Aleeya hanya mengikuti arahan Engku Saloma dengan Tupperware masih berada di tangannya. Engku Saloma terus duduk di sofa dengan air muka yang masih dingin. “duduk.” Aleeya menenangkan jiwanya yang tatkala ini sudah tidak tentu arah. ‘serius aku cakap, lepas ni aku takkan datang kat sini lagi.’ Detik hati Aleeya.
Engku Saloma melihat Aleeya atas bawah. Mati-mati ingatkan gadis yang bakal melawatnya hari ini bertudung. Sejuk mata memandang. “on time.” Aleeya mengerutkan sedikit dahinya. Setelah kata-kata itu keluar daripada mulut Engku Saloma. Aleeya memandang jam di tangannya. Tepat pukul 5 petang. ‘aku ada bagitahu dia ke yang aku nak datang pukul 5?’ Engku Saloma dipandang lagi.“sebenarnya auntie, saya datang sini nak bagi kuih ni. Ibu saya cakap, kalau nak murah rezeki. Kita kena kongsi. Sharing is caring.” Aleeya menghulurkan Tupperware yang dipegangnya sedari tadi kepada Engku Saloma. “kuih apa?” tanya Engku Saloma tanpa menyambut huluran Aleeya. “kuih gomak.” Reaksi Engku Saloma berubah sedikit. Huluran Aleeya disambut.
Penutup Tupperware itu dibuka. Satu gomak diambil lalu dimakan. “jarang nak jumpa kuih gomak sedap macam ni.” Aleeya tersenyum sedikit. Engku Saloma bukan orang pertama yang memuji kesedapan kuih gomak hasil tangannya. Semua ini berkat resipi turun temurun dari nenek dan ibunya. “biasa-biasa je auntie.”
“Duduk.” Arah Engku Saloma setelah dua biji kuih gomak dimakannya. Ingin sekali Aleeya mengatakan yang dia ingin pulang dengan segera kerana masih banyak kerja yang ingin dibuat. Namun reaksi Engku Saloma membantut keinginannya. Aleeya duduk perlahan-lahan. Macam jumpa mak mertua pulak apabila Engku Saloma memerhatinya dengan pandangan yang tajam.
“Pandai masak?” pertanyaan Engku Saloma membuatkan mata Aleeya terkebil-kebil. Memang soalan wajib ke kalau berjumpa dengan jiran sendiri? “sikit-sikit tu boleh lah auntie. Takde lah pro sangat.” Tupperware ditutup dan tangan Aleeya dicapai. “jom. Tolong auntie masak.” Bagaikan menerima kejutan budaya, Aleeya mengikuti langkah Engku Saloma.
“BABY… I takutlah. Granny you tu dah garang.” Adu Qistina. Engku Ammar memandang Qistina. Ini bukan kali pertama Engku Ammar membawa perempuan menemui Engku Saloma. Dah berpuluh-puluh dan berpuluh itu jugak lah ditolak oleh Engku Saloma. Disebabkan Engku Saloma lah yang menjaganya dari kecil, restu wanita itu harus dimiliki.
YOU ARE READING
Collection Short Stories
Short Storykat sini,One akan publish cerpen je. sebab advice from someone, nak start jadi novelis kena start dengan menulis cerpen dulu untuk mengelakkan berlakunya kekeringan idea.so, here we go.