Mimpi

2 1 0
                                    

Mimpi.

Ini bukan kisah yang aku lakarkan, namun wujud dalam mimpi yang aku rasakan cukup indah untuk dipamerkan. Tapi aku tidak pasti kisah ini menarik atau tidak.

_ROSEZERO_

Tempat yang tidak pernah aku kunjungi. Itu lah mimpi, tempat yang tidak pernah dijejaki namun menjadi tempat persinggahan kita. Mungkin kita pernah nampak sebelum ini namun tiada dalam kotak memori.

"Cantiknya rumah tu." Ujar aku kepada adik perempuan aku, Ella. Tiada karakter lain yang muncul kecuali dia. Mungkin tempat itu pernah dikunjungi sewaktu aku dan dia masih kecil sebelum kewujudan adik yang lainnya.

"Aku tahu kau nak kahwin dengan siapa." Tiba-tiba Ella mengeluarkan pernyataan itu. Dahi aku berkerut.

"Apa maksud kau?" Tanpa dipinta, soal itu yang dibangkitkan. Dah tahu aku tiada calon lagi. Lain lah Ella, calon sudah berada di hadapan mata. Aku pula harus berkelana mencari si calon hati.

"Err... Takde apa-apa lah. Gurau je." Nada Ella seperti mahu menyembunyikan sesuatu. Hatiku ingin mendesak namun aku mahu menyembunyikan perasaan aku dan menunjukkan bahawa topik kahwin bukan kesukaan aku.

"Rumah sape tu?" Mungkin, aku baru balik dari sesuatu urusan. Sebab itu lah aku tidak mengenali siapa empunya tuan rumah itu. Seperti baru dibina. Soalan aku tidak dibalas. Aku memandang Ella, wajahnya seperti mahu memberikan jawapan yang tidak akan membuka sesuatu rahsia.

"Entah. Aku nak balik." Ella mencepatkan langkahnya meninggalkan aku. Aku yang tidak boleh membiarkan sesuatu persoalan bermain di dalam fikiran, aku melangkah mendekati rumah itu seperti seorang perompak.

Aku berada di atas tanah yang berbonggol membuatkan orang yang lalu lalang tidak dapat melihat aku.

Meja yang disusun seperti akan berlaku majlis perkahwinan dan orang yang lalu lalang bekerjasama membuat persiapan.

Terdapat baju cantik yang disangkut untuk kegunaan majlis nanti. Namun aku dapat mengagak itu baju ahli keluarga aku.

Ella pun menepuk bahu aku. "Weh, kau buat apa kat sini? Mak suruh balik lah." Nasib baik aku tidak menjerit dengan kewujudan mengejut Ella.

_WANI0NE1_

Semua ahli keluarga aku memakai pakaian seperti mahu mengadakan majlis. Dan aku diberikan baju yang luar biasa cantiknya berbanding adik aku.

Musykil.

"Nak pergi mana?" Soal aku. Curiga dengan tindakan mereka semua. Di situ ada nenek dan emak aku sahaja. Karakter yang wujud dalam mimpi aku.

"Ada orang nak datang." Jawab mak. Aku seperti tahu apa yang tersembunyi. Maklumlah, mimpi ni aku punya.

"Wani nampak baju mak pakai ni tersangkut kat rumah baru tu." Reaksi terkejut yang cuba disembunyikan membuatkan aku menjadi bertambah yakin. Mak tidak menjawab persoalan itu.

Semasa mereka bersiap, aku berkeliaran dengan baju cantik yang tersarung itu tanpa destinasi. Melangkah ke hutan. Tidak peduli kekotoran yang semakin berkumpul di baju ini.

Setelah baju aku sudah dipenuhi kotoran tanah basah, aku keluar daripada hutan.

"Tengok dah kotor. Tahu tak ada orang nak masuk mintak kamu." Nenek. Memang tidak pandai menyimpan rahsia. Rahsia yang cuba disorok mak dan Ella.

"I know it." Aku mengikut langkah nenek. Aku tidak tahu mengapa karakter aku dalam mimpi ini tidak logik langsung. Eh, bukan aku mak, nenek dan Ella. Di kehidupan nyata, Ella tidak pernah sembunyikan apa-apa daripada aku. Mak dan nenek pula tidak begitu tegas dalam memilih jodoh untuk aku. Aku pula hanya menurut. Macam kesemua karakter je yang pelik.

Back to the topic.

Aku disuruh duduk semeja dengan seorang pemuda yang langsung tidak aku kenali. Masa untuk berkenalan mungkin. Aku sengaja menjarakkan diri daripadanya yang pada mulanya dia ingin duduk bersebelahan dengan aku. Kini kami berhadapan.

"So, awak selalu mengaji ke waktu malam? Selalu baca Al-Qur'an?" Soalan yang diluar jangkaan. Bukannya nak tanya nama. Namun soalan itu mampu memberi kebebasan kepada aku.

Mungkin.

"Sorry. Saya solat pun cukup 5 waktu je. Baca Al-Qur'an pun, macam tak konsisten." Aku tersenyum. Berpuas hati. Mungkin pemuda di hadapan aku kini tidak mahu beristeri kan perempuan yang kekurangan ilmu agama.

"Jujur." Satu perkataan yang keluar daripada mulutnya. Aku hanya mengangkat kening seketika.

"Actually, saya kawan tunang awak. Saja nak test kejujuran awak." Ujar lelaki itu. Dan kemudian muncul lah Faris. Lelaki yang dikatakan tunang aku. Lelaki yang aku kenali di dunia nyata.

Namun hanya seketika apabila sekelip mata, bukan dia tunang aku. Mimpi. Biasalah, mana ada yang logik.

_WANI0NE1_

Aku disuruh menunggu kedatangan bakal suami di sebuah bangunan. Iaitu di hadapan pejabat asrama menengah Dabong.🤣 macam takde tempat lain.

Tunggu dengan pakaian pengantin. Rimas. Dah lah tak pernah nampak wajah tunang aka bakal suami aku. Seorang demi seorang lelaki yang datang akad nikah. Aku fikir nikah bajet. Nikah ramai-ramai. Budu betul mimpi pun.

Setelah ketibaan pengantin lelaki dua orang, antara jodoh aku dengan Auni. Aku dengan Auni berlari memasuki tandas kerana perasaan gugup. Setelah 5 minit menenangkan diri, aku dengan Auni dipanggil untuk sesi akad nikah.

Aku bukannya nak mengatakan, tapi aku ingatkan bakal suami aku tu yang pakai seluar koyak kat lutut dengan baju t-shirt tu. Dengan tak pakai baju pengantin. Mungkin tidak cukup bajet nak kahwin. Sebab pengantin perempuan dia pun macam tu jugak. Pakaian macam pakai hari-hari.

Aku baru je rasa nak pasrah dengan ketentuan Ilahi, tup tup... Bukan jodoh aku daaaa...

Tunggu lagi. Sibuk sangat ke? Tak tahu ke dia nak kahwin hari ni?

Waktu ini aku sudah pasrah dengan ketentuan Ilahi yang jodoh aku bukan orang berada. Orang kebanyakan jugak sebab takkanlah perkahwinan diadakan di tempat nikah bajet.

Seorang demi seorang datang dengan motor untuk akad nikah.

"Hari ni nikah budak-budak sedunia ke?" Ujar ku. Dan semua orang yang mendengarnya ketawa. Mana tidaknya, dah berjam jam aku tunggu. Orang lain jugak yang nikah dulu. Sedangkan aku dengan Auni sahaja yang pakai baju kahwin. Auni aku tak kenal di dunia nyata.

Aku bersabar menunggu.

Suasana yang senyap tiba-tiba menjadi bunyi sekumpulan lebah.

Sebuah kereta panjang berwarna putih memasuki kawasan asrama. Berkilat terkena cahaya matahari. Aku juga turut memerhatikannya.

"Weh, jodoh kau dah sampai." Jerit seseorang yang langsung tidak aku kenali.

"Tak mungkin lah. Jodoh Auni kot." Aku tidak mahu menaruh harapan. Takut tersakiti pula.

"Kau sorang je nama ROSE yang berdaftar hari ni." Mungkin ada papan banner yang tertulis nama aku.(serius makin pelik mimpi aku ni.)

Aku dengan bahagianya ingin berlari ke arah tunang aku namun dihalang.

"Jangan weh. Kau kan pengantin. Tak cun lah berlari macam terdesak nak kahwin." Dengan nasihat itu, aku tidak jadi berlari mendapatkannya. Siapa tak bahagia apabila berjam jam tunggu akhirnya orang yang ditunggu tiba. Bahagia nak bagi penampar sebab siapa suruh lambat.

_WANI0NE1_

And cut... Aku terbangun dari mimpi. Dan aku menyesal tak berlari ke arah lelaki itu. Muka pun aku tak sempat nak tengok. Mungkinkah itu memang jodoh aku? Sebab serius, aku tak nampak langsung muka dia. Aku tak boleh nak tebak macam mana wajah dia. Aku cuba nak sambung tapi kau tahu lah...

Dah siang rupanya...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Collection Short StoriesWhere stories live. Discover now