.

222 17 0
                                    

"Kau pergi cari tempat duduk  luar kedai dulu aku  pergi bayar makanan ni "

"Hati-hati tau!"

Aku mengangguk dan keluar  supermarket dengan mata yang sekejap-sekejap terpejam.

Setelah berapa minit berjalan  aku pun duduk dekat satu kedai makan yang bersebelahan dengan supermarket tersebut.

Aku mengambil telefon ku yang berada di sling bag dan mulai mencari nama dhiya di wsp dan menchatnya untuk memberitahu keberadaaan ku.

"cik nak oder apa?"

" eh macam kenal pula siapa eh ke aku salah orang ni?"

Aku mendongak memandang waiter tersebut Dan mata kami bertentang.

Tapi tidak Lama aku melarikan mataku  dan memberitahu waiter tersebut yang aku hanya mahu minum Air biasa.

Tapi dia mengabaikan ku aku memandangnya lagi.

Dia termenung menatapku.

" Hey ??"

Aku melambaikan tangan kanan ku di depannya.

Setelah dia sedar terkeluar dari mulutnya nama ku.

"Isya Khairina?"

Aku memandangnya pelik.

"Ya saya?"

"Ah maksud saya awak nak oder apa?"

Aku mengelengkan kepala tidak suka mengulang  ayat dua kali.

"Um... bagi saya Air apa-apa jela asal jangan Air longkang sudah"

Aku berkata sambil melipat kedua lenganku dan meletakkan Kepala di atas lengan.

" Okay saya oder Air kesukaan awak la kalau macam tu"

Aku  cuba memejamkan mata tanpa memperdulikan kata-kata waiter tersebut.

Terasa Tangan ku di goncang pelahan.

Aku pelahan-lahan merengangkan badan ku.

"Weh bangun tak sakit belakang ke aduh kau ni"

Aku duduk macam sedia kala dan memandang depanku terlihat dhiya memandangku sambil mengelengkan kepala.

"pening kau dah redah ke?"

aku mengedipkan mata ku dua kali  terasa denyutan di kepala ku masih beroperasi.

"kau  ada migraine ke?"

"Ada Dan itu menyakitkan macam mana aku nak balik eh?"

Aku mengeluh sambil menatap dhiya yang meminum minumannya.

"La aku kn Ada aku hantar kau balik tak pun kau call arwen suruh ambik kau"

Laju aku mengelengkan kepala.

Dhiya menatapku tajam.

Memang ada niatku mahu menyusahkan Arwen tapi mengingati dia berjalan dengan sorang perempuan membuatkan niatku untuk menyusahkannya terbantut.

"woi !termenung pula dia!"

Aku mencebik terkejut dengan suara dhiya.

"Weh tadi aku terserempak dengan arif  tapi aku tak hiraukan dia tapi dia tahan aku tanya pasal kau"

เกี่ยวกับฉันWhere stories live. Discover now