Sara yang tadinya hilang kawalan tiba-tiba merentap tangannya dari genggaman Fariz.Bagi Sara, Fariz langsung tidak berguna dalam hidupnya,malah menambahkan lagi tekanan dalam hidupnya.
"Kau jangan kacau hidup aku lagi!!"
Sara hilang kawalan dia sudah berada di tebing bangunan itu,tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk dia jatuh dari bangunan tersebut.Sara memegang erat rantai yang pernah diberikan oleh Adam.
Sara menarik nafas buat sekelian kalinya..satu..dua..
"Kau dah gila ke!!" jerit fariz lalu menarik tabgan sara.Fariz terus menampar Sara sekut hatinya.
Sara terkejut.Amat terkejut.Dia mengusap pipinya yang kemerahan akibat ditampar oleh Fariz.
"Apa kau buat.."belum sempat Sara menghabiskan kata-katanya Fariz menampar Sara sekali lagi.Tetapi tamparan yang cukup berbisa.
Disebabkan tekanan dicampur lagi dengan tamparan Sara terus tidak menyedarkan diri.PENGSAN.
Fariz tersenyum lega.Orang-orang awam yang melihat kejadian tersebut agak bingung,perlukah tindakan yang sebegitu dilakukan bagi orang yang cuba membunuh diri??
Ya!! memang tepat sekali!! memang itulah cara Fariz.Kalau dibiarkan Sara hilang kawalan mungkin esok Fariz tidak dapat merawat pesakit yang lain kerana terpaksa menziarahi Sara di kubur.R.I.P. Sara..
»»»»»»»»»
Sara membuka kelopak matanya perlahan-lahan.Hanya siling dan lampu sahaja yang berada pada penglihatan Sara.Sara juga hairan,macam mana dia boleh berada di sini.Ya.Hospital.
'Aku memang jatuh dari bangunan ke semalam??'getus hati Sara.Dia melihat air sedang disalurkan kepadanya menggunakan wayar.Sara terus.mencabut wayar tersebut,dibiarkan air itu mengalir ke lantai.
Tiba-tiba pintu terkuak.Sara terus menutup matanya berpura-pura yang dia masih belum sedar.Sara pun memang dah malas nak layan sesape.Kalau adam datang,lama dah Sara berdiri dari katil.
"Jangan pura-pura sangat.Aku tahu kau berpura-pura je.."kata Fariz.
Sara terus membuka matanya namun matanya tertumpu kepada seekor cicak yang berada di atas siling.Sara buat endah tak endah sahaja apa yang Fariz lakukan.
Fariz hanya memandang Sara,dia pun tak mengerti kenapa Sara macam tak layan dia.Namun,mata Sara masih tidak beralih dari melihat cicak yang melekat di siling.Baginya,lebih baik tengok muka cicak dari tengok muka si Fariz ni.
"Aku tahu,mesti kau hairan kan kenapa kau ada kat sini.."kata Fariz seperti membaca isi hati Sara.Sara kembali memandang Fariz seraya berkata "Habistu kalau dah tahu cakap je lah..tak payah nak bercekerama kat sini.??"tanya Sara.Garang semacam minah ni.Mengalahkan singa betina kat Afrika tu.
"Rilek bro..."kata Fariz sambil tersenyum senget.Dia sudah mula rasa selesa dengan Sara.
-flashback-
"Apa kau bu.."
PAAM!!!
Fariz menampar Sara sekuat hatinya.Sebenarnya,Fariz tidak pernah menampar seorang perempuan sampai macam tu.Namun,pada waktu itu ibarat darurat,tiada cara lain lagi yang boleh dilakukan.
Sara sudah terbaring tidak sedarkan diri.Fariz terus mengangkat Sara turun dari bangunan tersebut.Bukan fariz sorang je yang angkat tapi dibantu oleh beberapa orang nurse.Kalau angkat sorang memang tak turun bawah sampai esok.
Serious!! Serious berat.Ntah apa yang dia makan.Anak gajah ke??
Setelah Fariz dan Sara tiba di hospital,Sara dimasukkan ke bilik rawatan bagi dirawat oleh Fariz.Fariz menyuntikkan ubat penenang ke dalam badan Sara.Mungkin jika Sara mendapat tekanan yang berlebihan dia akan bertindak secara luar kawalan.
-end of flashback-
"Macam tu la ceritanya.."kata Fariz seperti tok aki dalam cerita Pada Zaman Dahulu~
"okay.."jawab Sara pendek.Sara kembali berbaring dan menutup mata.Dia mahu beradu buat seketika (peewitt!! beradu tu^^)
'Aik?? Dia tak kesah pon aku tampar dia?? Tak kuat ke??? Biar aku try sekali lagi lain kali..'getus hati Fariz.Sara sudahpun terlelap.Memang dia penat sebab seharian dia hilang kawalan.Fariz mengusap kepala Sara sambil berkata "Aku tahu kau boleh buat..Fighting!!"
»»»»»»»»»
"Doktor,presiden ingin bertemu dengan doktor di pejabatnya buat seketika."kata seorang nurse yang bertubuh kecil.Nurse ini merupakan assistant Fariz namanya Aisya Liyana.Setiap urusan atau aktiviti yang dijalankan melibatkan Fariz dialah yang akan sibuk lebih dari Fariz.
"Presiden nak jumpa saya?? Buat apa??"tanya Fariz yang sedang mengerut-ngerutkan dahinya.Ingat hensem sangat ke buat muka camtu.
"ntah.." kata aisya sambil menjongketkan bahu.Aisya selama ini sangat perasan akan perubahan Doktor Fariz sejak kedatangan Sara.Cuma dia hanya berdiam diri kerana tidak.mahu menimbulkan sebarang syakwasangka kepada Fariz.
Fariz hanya menjongketkan bahu.Dia terus membuka kot putihnya dan menuju ke pejabat yang telah diberitahu.Peluh menitik setitik demi setitik.Fariz berasa sangat nervous mungkin dia akan dipecat disebabkan kekecohan yang berlaku semalam atau mungkin sebaliknya.
Kluk,klak,kluk,klak..
Kuat sungguh bunyi kasut Fariz.Tahulah kasut kulit.Tapi nampak gaya macam beli kat pasar je..Sepasang RM 10.
Setelah tiba di hadapan pejabat Fariz menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembusnya kembali. Dia terus mengetuk pintu bilik itu beberapa kali.
"Masuk.."
Satu suara mengarahkan Fariz masuk ke dalam pejabat tersebut.Fariz akur.Dia membuka pintu perlahan-lahan,kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 40-an sedang menaip sesuatu di komputernya.
"Err...Tuan nak jumpa saya??"tanya Fariz.Lelaki itu mengalihkan pandangannya dari komputer dan melihat Fariz dari atas hingga bawah.Kemudian dia membuka cermin matanya.
"Oh..kamu rupanya.."kata lelaki itu."Tak payah panggil Tuan..Panggil Encik Arsyad je.."sambungnya lagi.
"Baiklah encik Arsyad.."kata Fariz sambil tersenyum.Dia masih berdiri dihadapan Encik Arsyad dengan agak kekok.
"Duduklah..takkan nak saya jemput.."kata Encik arsyad.Fariz hanya tersenyum kemudian dia duduk di atas kerusi dihadapan meja Encik Arsyad.
"err...boleh saya tahu tujuan encik arsyad panggil saya??"tanya Fariz.Dia melihat Encik Arsyad masih lagi merenung komputernya.
"Encik??"tanya Fariz lagi..
"Eh..maaf saya lupa kamu ada di sini tadi.."kata Encik Arsyad.
'Tu pun boleh lupa?? _' hai..'getus hati Fariz.
"Sebenarnya kamu perlu..
bersambung..
Sorry guys sebab lambat update.Sekarang ni tengaj tak ada mood so bosan sikit la..
Ijlal nak cakap thank you sangat for you all punya support and vote.Thank you sebab baca.Tak vote pun x pe tpi lgi ok kalau vote ^^.
Satu lagi jangan lupa follow ijlal._nifaa_ insyaallah ijlal akan follow balik and baca citer yg you alls buat.Sekali lagi THANX!!
YOU ARE READING
him or him??(ON HOLD)
RomanceSara Hadhiyana merupakan seorang pelajar perempuan yang sering dijadikan mangsa pembulian.Namun,seorang lelaki bernama Khairil Adam datang menyelamatkannya.Mereka berdua semakin hari semakin rapat.Walaubagaimanapun,Adam menyembunyikan penyakitnya da...