Siasat

80 7 2
                                    

"Selamat menjamu selera.." Sara mengukir senyum semanis yang boleh kerana etika kerja perlu melayan pelanggan dengan sebaik-baiknya.

"Oh thanks...awak ke yang buat air ni??" Fariz memandang Sara dengan senyuman sinis.

"Taklah mane ade...pak cik cleaner tu yang buat.." Sara menekankan suaranya sengaja menyindir.Dari tadi suruh buat..bile dah buat tanye sape buat pulak.

"Kalau bukan awak buat tak naklah.."Fariz memeluk tubuh nya.

'Hoi!! kau gedik sangat ni pesal?? buat la sendiri!!'

"Saye gurau je Fariz..minum ye.."Sara tersenyum, dalam hati memang hampeh!

"betul ni awak buat??"Fariz mengulangi persoalannya

'Ye aku buat!!!'

Sara terus mengambil air yang berada di atas meja Fariz kemudian dia terus 'menyumbatkan' air tersebut ke dalam mulut Fariz.

"Puas hati??? Jangan banyak cakap!! Minum jelah..kan dah kena!!" Sara meninggikan suara.Beberapa orang pelanggan yang berada di sekeliling tertumpu kepada mereka berdua.

Fariz membulatkan mata dengan mulut yang sudah penuh dengan air buatan Sara.Beberapa saat kemudian terkeluarlah segala isi yang ada di dalam mulutnya.

"Apa yang awak letak dalam ni??!!" Fariz mengibas-ngibas tangan ke arah mukanya.Dia terus mengambil air yanh terletak di meja sebelah dan terus meminumnya.Tak senonoh!! Pelanggan tersebut membulatkan mata.Maen minum je air orang dah la tak mintak izin.

"Tak letak ape2 pon.Just Chilli Powder and black pepper..thats all.."Sara tersenyum dan terus berlalu pergi..

Fariz menggeggam penumbuk.Kalau boleh nak je die lenyek-lenyekkan si Sara..

      »»»»»»»»»««««««««««

Sara mengeluh.Hari ini dia ditukar kerja kepada shift dapur disebabkan kejadian tadi.Dia ditugaskan untuk memasak dan membuat air.Bagi Sara bab-bab melayan orang ni memang susah.Banyak sangat songehnya.Lebih baik layan pinggan mangkuk dari manusia.

Selepas cafe tersebut sudah ditutup tiba giliran Sara untuk mengemas cafe.Semua pekerja  sudah balik jadi dia terus mengambil penyapu kemudian menyapu seluruh cafe manakala telinganya 'disumbatkan' dengan earphone miliknya.Selepas selesai dia duduk berehat sebentar di salah sebuah kerusi di dalam cafe.Tiba-tiba,seseorang menegurnya.

Sara terus mengeluarkan earphone dan memandang orang yang menegurnya.Sara terus tersenyum.

"Hai Sara.."

"Oh,hai Aisya..buat ape kat sini??"Sara mengajukan soalan kepada Aisya Liyana pembantu Doktor Fariz.

"Tak..saja je datang...nak jenguk Sara.."

"Oh..macam mane tahu Sara kerja sini??" Sara mengajukan soalan kepadanya.

"Doktor Fariz yang bagitahu..."bibirnya mengukirkan senyuman.

"Err..Sara..nak tanya sikit ni..Ape hubungan Sara dengan Adam sebenarnya??" Aisya Liyana memandang Sara yang sudah berubah mukanya.

Sara terus menceritakan segalanya tentang Adam termasuklah mengenai Fahrin.

'Bagus..nampak sangat kau sayang si Adam tu kan??Sekarang aku sambung plan aku..'getus hati Aisya Liyana.

"Sorry Sara..tapi Sara tak nak tahu ke,kenapa Adam meninggal secara tiba-tiba??"Sara terus menoleh ke arah Aisya.Dia tidak pernah terfikir untuk mencari punca kematian Adam.

Sara terus bangun dan memasukkan kembali kerusi cafe ke tempat asalnya.

"Aisya,Sara balik dulu ea?? Sara ade hal sikit.."

Aisya juga bangun kemudian tersenyum.Dia hanya mengagguk kemudian keluar dari cafe.Nampaknya plannya berjaya kali ini.

Sara terus menukar pakaian.Dan keluar dari cafe.Dia terus mengunci setiap pintu.Kemudian dia berlari ke rumah.

Dalam perjalanan,dia cuba merancang sesuatu.Setibanya di rumah,dia terus masuk ke dalam bilik.Dia membuka almari bajunya.Dia terus menukar pakaian dengan t-shirt T berwarna kelabu berlengan panjang dan seluar skinny jeans berwarna hitam pekat diserasikan dengan topi hitam.Rambutnya yang panjang sehingga paras bahu diikat satu.Kemudian Sara terus keluar dan menahan teksi.Dia menuju ke hospital di tempat kerja Fariz.Hari sudah larut malam.Kini semua pesakit sedang tidur.Manakala nurse pula menjalankan tugas masing-masing.Sara terus memakai kaca mata hitam.Kemudian melangkah masuk ke dalam hospital.Sara melihat jam tangannya sudah tepat jam 3 pagi.

Dia mula mengatur langkah ke dalam pejabat Fariz.Ketika sampai di hadapan pintu pejabat,Sara memandang sekeliling bagi memastikan tiada sesiapa melihatnya.Setelah dirasakan suasana line-clear Sara terus memulas tombol pintu.Namun,pintu tersebut terkunci.

'Aduh!! Kunci pulak..Tukar plan B..'

bersambung..
Maaf semua..ijlal lambat update..buzzy sikit..tapi macam mana pon..ijlal still update kan?? So,ijlal harap korang bole hargai ape yang ijlal buat ni..ijlal tak kesah tau korang nak vote ke.tak nak..yang ijlal pentingkan readees je..lagipun cerita ni ijlal buat cincai je..so harap korang happy dengan cerita..Satu lagi! Selamat berpuasa!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 22, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

him or him??(ON HOLD)Where stories live. Discover now