H.D.B 1

434 35 2
                                    

Dunia Ethier

Namaku Aira Shahira, aku seorang yang agak lasak, cool dan berani berbanding yang lain. Itulah aku.

Tetapi apabila kejadian itu menimpa kepadaku, adakah aku yang sebenar-benarnya aku akan hilang.

Kejadian itu bermula ketika aku terlalu mengikut perasaanku yang tengah marah itu.

Sedar tak sedar, ketika aku melimpas jalan terdapat sebuah lori yang menuju ke arahku dan ia terus melanggarku tanpaku sedari.

Aku terbaring di atas jalan raya yang agak sejuk itu bersama dengan cecair yang ku rasakan bersamaku..

Saat demi saat, mataku terasa amat berat untuk dibuka dan akhirnya aku hanya terlelap disitu.

dan, apabila aku membuka mataku semuanya telah berubah.

Dunia Ryvern

dan di dunia ini terdapat seorang perempuan yang bernama Lyra Viana, dia memiliki perwatakan yang amat berbeza denganku.

Dia seorang yang lembut, manja dan pemalu. Seperti aku, dia juga mempunyai kejadian yang tersendiri yang berlaku kepadanya.

Dia merupakan seorang pelajar sekolah yang sentiasa mengikut peraturan. Dia tidak memiliki banyak kawan dan dia juga sering diganggu oleh pelajar lain yang bersekolah di situ.

Sampai satu hari dia ditolak oleh beberapa orang pelajar perempuan dari atas bukit semasa mereka menjalani ujian.

Dan dari hari itu juga semuanya telah berubah......

Hai Dunia Baru!!Where stories live. Discover now