H.D.B 15

228 21 3
                                    

"Lama lagi kah kita nak sampai ni?" Soalku tiba-tiba bagi memecahkan suasana sunyi diantara kami berdua sejak dari tadi.

dan memandangkan dari tadi kami asyik berjalan sahaja tetapi belum lagi sampai ke destinasi yang ingin ditujui.

"Dekat sudah ni. Tinggal pusing ke kenan lepas blok ni. Lepas tu sampai lah." Jawabnya sambil anak jari telunjuknya menunjuk arah ke bilik tersebut.

Akhirnya kami berdua kini berada di depan pintu besar bilik yang disebut oleh Fira beberapa minit yang lalu.

"Wow!" Itu lah tanggapan pertamaku apabila aku memasuki tempat tersebut.

Mataku kini meliar kesana kesini untuk memerhatikan keadaan yang berada di sini.

'Still, this isn't a gym. Right?' Soalku sendiri apabila mataku yang tubuhku yang sibuk dari tadinya menjadi saksi bagi semua yang ada disini.

'Well? Macam mana ni? Apa yang patut aku lakukan sekarang? Apa bendanya lagi ni?' Terlalu dan terlalu banyak persoalan yanh berada di fikiranku buat masa ini.

Nak terangkan keadaan bilik ini memang payah sangat.

"Jadi macam mana?" Kata Fira dengan tetibanya.

"ummm, kita dekat mana ni?" Soalan cupemas yang ku ajukan kepada Fira.

"La, kan kita sekarang ni dekat bilik latihan dan kalau kau nak tahu. Sebelah pintu kat situ tu arena perlawanan. Situ lah semua pelajar di sini akan di diuji pencapaian mereka dari semasa ke semasa." Kata Fira yang memberikan informasi terbaru kepadaku.

"Ah! cakap pasal pencapaian ni. Aku lupa nak bagitahu kat kau yang kita akan diuji pada minggu depan." Sambungnya tiba-tiba dengan ekspresi mukanya yang sudah mula gelisah semacam.

"Jadi?" Soalku.

"Kau ni kan" Katanya yang sudah mula juga bengang dengan soalanku.

"Maksudnya kita kena berlatih dari sekarang kalau kita tak nak gagal dalam ujian ni." Terangnya kepadaku.

"Kita?" Aku sempat menyelitkan soalanku semasa dia masih ingin menyambungkan kata-katanya.

"Ya! Kita. Kan kau sekarang dah jadi pelajar kat sekolah ni. Jadi, Kita." Katanya yang memberikan jawapan dan penerangan extra darinya.

"Pula?" Kataku.

"Lagipun, alang-alang kita sudah kat sini apa kata kita latihan terus untuk ujian nanti." Katanya kepadaku.

"Ehh!? Sekarang!?" Nah itu dia. Soalan entah apa-apa yang terkeluar dari mulutku.

"Ya wahai cik Ai..Lyra.. Takkan lah tahun depan kan? Kan ujian tu minggu depan dah nak berlangsung jadi sekaranglah." Katanya dengan senyumannya yang terpancar ke arahku.

'Matilah aku macam ni. Aku langsung tak tahu macam mana nak guna peralatan yang ada di sini.' Fikirku sendiri.

"Dah, jom. Jangan risau. Aku akan ajar kau satu per satu k.." Katanya lalu menarik pergelangan tangan kiriku dan membawa ku ke satu tempat yang masih berada di bilik ni.

"Kalau nak lulus ujian ni, ada empat perkara penting yang harus kau tahu iaitu kelajuan, fokus, kekuatan dan aura dan selebihnya hanyalah tambahan semata-mata" Katanya.

"dan hari ni aku akan uji kau semua tu ok." Sekali lagi terdapat senyuman entah apa benda yang terukir di bibirnya.

"Tapi untuk pagi ini, kita hanya buat ujian kelajuan dahulu." Dia memberitahuku.

"Kau nampak tapak yang berwarna biru gelap tu?" Soalnya.

dan aku hanya mengangguk bagi menjawab soalannya itu.

"Di situ tapak permulaannya dan sekarang aku minta kau ke sana sekarang!" Arahnya kepadaku.

Aku hanya mengikuti kehendaknya itu dengan keterpaksaan.

Apabila aku kini berada di posisi yang diberitahu oleh Fira. Tempat yang kosong tadinya aku lihat kini bertukar menjadi permandangan di sebuah hutan.

Bila aku melihat di sekelilingku aku mendapati bahawa Fira tidak berada di sini mahupun di mana jua.

yang ada hanyalah aku dan bertemankan hutan.

'Di mana aku? Macam mana aku ada dekat sini? Mana Fira?' Kali ini tidak dapat disangkal lagi soalan yang kini berada di otakku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hai Dunia Baru!!Where stories live. Discover now