💋 •BAB 68•

66.4K 3.5K 216
                                    

AMMARA ROSE melangkah keluar dari bilik doktor. Doktor memberitahunya bahawa Enrique sudah boleh discharge esok. Cuma Enrique masih perlukan rehat kerana lelaki itu masih dehydrated.

Syukur tak apa-apa.

Ammara Rose diam memandang Mikael, Q dan Cleopatra yang serius berbual di tempat menunggu. Pasti ada sesuatu yang dibicarakan mereka. Lantas Ammara Rose mendekati mereka.

"Am! Aku ada nak cakap sikit ni." Ujar Cleo.

Ammara Rose memandang lama wajah Cleo dan Q. Serius semacam sahaja.

"Kenapa?"

"Inspektor Rizal beritahu yang dia dan pasukan sudah check tempat tu. Dan... dia orang jumpa Razihan, bekas adik tiri Enrique." Cerita Q.

"But he's dead." Potong Cleo.

Wajah Ammara Rose berubah. Razihan, dah tiada?

"Kawan arwah ditemui tak sedarkan diri, tapi dia dah sedar dan dia sudah beri semua keterangan kepada pihak polis. Dia mengaku dia dan arwah bekerjasama menculik Enrique untuk dapatkan bayaran lima ratus ribu ringgit. Lima ratus ribu weh. Mahal bayaran tu." Ujar Q lagi.

"Aku rasa ada baiknya kau jumpa mamat tu. Dia ada kat tingkat 2 wad biasa. Agak teruk juga kecederaan dia." Beritahu Cleo. Rasanya lebih puas hati kalau jumpa depan-depan.

"Nama dia Talha. Umur dia dua puluh satu tahu. Dia anak sulung dan dia ada dua orang adik yang masih bersekolah di sekolah rendah. Mak dan ayah dia dah tak ada dan dia tinggal dengan nenek dia. Dia sekampung dengan Razihan. Aku rasa dia mula berkawan dengan Razihan sejak Razihan berpindah ke kampung tu. Lagipun rumah dia orang dekat." Jelas Q lagi. Q memang seorang informan yang sangat bagus. Dia seorang yang handal dalam mencari tahu tentang banyak perkara. Kadang entah lubuk mana dia dapat tahu pun kekal menjadi misteri.

Ammara Rose mendengus kasar. Kemudian dia menoleh ke arah Mikael pula.

"Ada apa nak jumpa saya?" Tanya Ammara Rose.

"Pagi tadi pihak syarikat cawangan di United Kingdom telefon. Dia kata... syarikat kat sana ada masalah." Beritahu Mikael. Harap Ammara Rose faham.

Ammara Rose beriak tenang sahaja mendengarnya.

"Serious?"

Mikael bingung mendengarnya. Namun kepala terus dijatuhkan.

"Tapi kita dah tak pegang cawangan tu. Jangan risau. Pandailah orang baru selesaikan masalah tu." Ujar Ammara Rose selamba.

"Haa? Maksud kau? Kau beri cawangan tu dekat siapa?" Tanya Cleo. Agak terkejut juga dia mendengarnya.

"Valentia."

Mikael, Q dan Cleo berpandangan sesama sendiri mendengarnya.

"Valentia? Kau gila?" Cleo memandang tajam ke arah sepupunya itu.

Ammara Rose ketawa kecil.

"No worries. Lady Darcy Valentia is a shit but she don't bring me any harm. I have a deal with her and that is just a part of our deal. Nothing serious." Jelas Ammara Rose. Gayanya tak macam orang korporat yang baru hilang cawangan syarikatnya yang berharga. Malah terlalu tenang.

Cleo dan Q diam sahaja. Biarlah. Ammara Rose pasti tahu apa yang dia lakukan.

"Aku nak turun. Nak jumpa lelaki tu. Mikael, awak jagakan Enrique sekejap ya?"

"Baik Puan." Mikael senyum nipis.

Ammara Rose terus mengatur langkah menuju ke arah lif. Q dan Cleo terus mengekor Ammara Rose.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now