💋 •BAB 24•

44.2K 3.3K 595
                                    

SUASANA sunyi sepi. Radio pun dibiar tidak terpasang. Sebab biasanya orang kaya tak buka radio. Kan?

Clarissa Rose mengeluh seraya memperlahankan pemanduannya apabila melihat lampu isyarat warna kuning yang mula berkelip-kelip sebelum bertukar ke merah.

Terasa lama pula hendak memandu ke kawasan perumahan lelaki itu.

Clarissa Rose memandang langit. Hampir gelap. Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 minit malam. Kata Izzad, dari pejabat hendak ke rumah lelaki itu mengambil masa hanya tiga puluh minit sahaja. Ini sudah empat puluh lima minit. Apa kes?

Atau aku yang memandu macam kura-kura?

Clarissa Rose mendongkol geram dalam hati. Lama pula lampu merah ni. Nak ajak gaduh ke?

Cermin mata hitam di poket diambil dan terus dipakai tanpa tersedar akan muncung cap yang ternaik sedikit. Dia pun tidak tahu kenapa hatinya tergerak hendak memakai kaca mata hitam itu.

Well. Lets say every cloud has a silver lining.

Okay then.

Clarissa Rose menyandarkan tubuh ke belakang. Melihat kereta dari arah bertentangan yang mula meneruskan pemanduan setelah lampu merah tadi bertukar hijau.

Okey. Sabar ya Clarissa Rose. Lepas ni turn kita. Fuh!

Sedang Clarissa Rose menyedapkan hati, mata tergerak hendak menjeling cermin pandang belakang.

Zapp!!!

Mengeras tubuh Clarissa Rose apabila terpandangkan anak mata tajam Enrique Dannika menikam pandangannya. Sangat tajam dan mematikan sehingga nafas terhenti seketika.

Clarissa menelan liur sebelum kembali memandang ke hadapan. Dia yakin identitinya masih selamat. Mask dan kaca mata hitam ini sedang menyelamatkannya sekarang. Jantung berdegup pantas.

Gulp...

Dadanya berombak ganas. Liur diteguk kelat. Dia dapat rasakan yang pandangan mata hazel itu masih memandang ke arahnya. Tajam dan mematikan.

Oh shitty...

Just act normal Clarissa. Be normal!

Clarissa Rose meneruskan pemanduannya. Langsung dia tak menoleh cermin pandang belakang. Keberanian tiba-tiba terkucil sendiri.

Clarissa Rose masih beriak tenang. Dia beranikan diri menjeling ke belakang. Lega dia apabila lelaki itu sudah kembali memandang ke luar tingkap.

Cepatlah sampai...

Clarissa Rose menekan lagi pedal minyak. Menukar sedikit rentak pemanduannya.

Tiba-tiba dada berdetak tidak selesa. Clarissa Rose mengeluh lagi.

Kenapa...

CLARISSA ROSE memandu kereta melepasi pagar yang terbuka secara automatik. Serta merta, sebuah rumah banglo dua tingkat yang megah berdiri menyapa pandangannya.

Cantik.

Keretanya diparkir di hadapan perkarangan rumah itu. Nafas dilepas lega. Dah sampai pun.

Diam.

Clarissa Rose dan lelaki itu langsung tidak bergerak dari tempatnya.

Err.

Dia tak nak keluar ke?

"Memang tak pernah kerja jadi driver ke?" Soal suara garau dari seat belakang.

"Senang je. Awak bawa majikan balik rumah, pastu bukakan pintu kereta."

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now