9- Illness

437 25 3
                                    

Aku terbangun kerana merasa sepasang bibir yang hangat menempel di dahi ku. Aku menggosok-gosok mata dan di dalam gelap itu, aku ternampak Daniel yang sedang membuang jam tangannya dan meletakkannya ke atas meja kecil bersama kunci kereta.

"Daniel.... awak pergi mana tadi?".

"Kenapa bangun? Tidur jela". Dia membaringkan badan ku ke katil semula.

"Daniel-".

"Saya pergi beli ubat baru tadi kat pekan. Esok la makan. Pergi tidur".

Dia turut serta masuk ke dalam selimut bersama ku namun, dia tidur membelakangi ku.

Tangan kecil ku dengan penuh rasa bersalah, memeluk pinggang nya.

"Goodnight".

"Hm". And he fell asleep right away.

...

"Bunga, bangun Bunga". Aku dikejutkan dengan suara opah.

Lalu aku membuka mata ku dan menutup nya semula dengan telapak tangan ku dek kerana cahaya matahari yang tepat mengenainya itu.

Terdengar gelak tawa kecil opah.

"Opah nak pergi kedai ni. Kamu takpe ke duduk sorang-sorang".

Aku yang masih lagi separuh sedar itu melihat ke bahagian tepi ku yang sudah kosong hanya tinggal telefon miliknya sahaja.

"Daniel mana opah?".

"Nik ada dekat sawah".

"Bunga pergi sawah jela".

"Okay, jalan hati-hati tau. Opah pergi kedai dulu".

"Okay, opah". Aku tersenyum lalu melihat opah pergi.

Aku bangun daripada katil itu, menuju ke bilik mandi yang ada di dapur dan bersiap-siap untuk ke sawah. Menemui suami tercinta yang bad mood sebab aku tumpahkan ubat semalam.

Aku memakai seluar trek, baju jersey bersama inner bewarna hitam dan tudung sarung hitam.

Selipar yang ada di luar rumah itu, aku saruk dan segera berjalan ke sawah dengan keadaan yang well, masih lagi mengantuk.

Oh and, aku bawak jugak bekal makanan dan sebotol air kosong. Beberapa perkakas untuk makan, 2 biji gelas dan ubat aku di dalam sebuah bakul picnic.

...

Sampai je kat sawah, aku letak bakul tu atas pangkin yang ada kat situ sebelum turun menjejakkan kaki ke sawah. Mencuba untuk mencari Daniel.

"Mana Daniel ni. Tak nampak pon".

Aku melihat sekeliling sambil berjalan di tanah yang agak berlumpur, licin itu.

Hampir sahaja aku tergelincir, terus masuk ke dalam sawah namun, badan ku sempat di sambut oleh seseorang.

"Hati-hati lah. Kenapa datang kalau mamai lagi?". Dia memimpin tangan ku dan membawa ku ke pangkin itu lagi.

Aku dan dia duduk berdampingan sambil mengarahkan pandangan ke arah sawah yang menghijau itu.

"Kenapa datang?". Dia bertanya.

"Cari awak la. Bangun-bangun je awak takde".

"Pergi jela balik, rehat kat rumah". Dia ingin berlalu pergi, tetapi aku menarik tangan nya.

"Feed me the medicine".

"Makan sendiri takleh?".

Haih, badmood lagi lah ni...

[BOOK 2] BUNGA DAHLIA ||©Where stories live. Discover now