Part 2 Sehati Sejiwa Sedarah..

4 0 0
                                    


CHUBAKA: yup, aku ada ni..bagus lah kau dah sedar, ye lah.. kenapa kau pening?

MARDIAH: entah lah Chubs, tapi pening sikit....Chubs!! aku boleh nampak kau!

ZAFAR & CHUBAKA: haaaahh? kau nampak?

MARDIAH: ya! ya! ya! aku.. aku nampak dan aku dengar suara kau Chubs! Zaf! how? macam mana boleh jadi mcm ni haaa??? hahaha! tapi aku suka!

ZAFAR: pelik kann..? Chubs, kau boleh huraikan apa yg jadi ni tak? aku masih mengong ni-takleh pikir apa2 hahahaha..best! best! aku pun suka!

CHUBAKA: ok jap, masa Di dipatuk ular tu... kita pulihkan dia dgn kuasa kau Zaf. Oooo baru aku ingat Di, Zaf suruh aku guna sedikit darah aku untuk buang saki-baki bisa ular dalam badan kau.. mungkin sebab tu kot korang.. ye tak?

ZAFAR: yaaa... menasabah jugak penerangan tu. So, Di.. cuba kau explain perbezaan dalam diri kau sekarang.. kau boleh nampak Chubs, kau boleh dengar dia.. lagi apa?

MARDIAH: ehh..entah! mana la aku tau.. aku baru je perasan yang aku boleh nampak dan dengar suara Chubs. Aduhh.. aku pening..

CHUBAKA: ok ok  slow slow Zaf, kita kaji perlahan2 apa lagi perubahan pada diri Di selepas darah aku ada dalam badan dia.. kau jangan terlalu pikir pasal ni Di, aku taknak kau stress sangat, kita kaji dulu perlahan2. Kau jangan risau ok? rehatlah, kami temankan kau di sini.

Chubaka berbaring di tepi katil dan menarik bahu Mardiah supaya bersandar di bahunya sebagai alas kepala. Mardiah menghela nafas perlahan2 dan pejamkan mata. Fikirannya mulai tenang. Bau cinnamon memang sangat manis aromanya.. sebentar kemudian Mardiah sudah terlena. 

ZAFAR: (berbisik) Chubs, kau rasa apa lagi kuasa kau yang dapat diserap oleh Di? aku rasa ada lagi ni.. Aura dia dah lain lah..

CHUBAKA: Nanti kita try one by one kuasa yang aku ada, kita suruh Di buat pulak, a few days more lah kan? biar dia betul2 pulih.

Pagi esok setelah selesai sarapan, mereka bertiga duduk berbincang di ambin kayu tepi halaman.

CHUBAKA: Di! ikut aku..

Chubaka hilang dalam sekelip mata dan berada di tengah halaman sambil bercekak pinggang.

MARDIAH: Hah! aku pun boleh eh! eh! ehhh... alamak! 

Mardiah sampai ke sebelah Chubaka tapi dia jatuh tergolek kerana masih tak pandai control keseimbangan badannya.

ZAFAR: oii!! hati-hati Di, jangan gopoh sangat... sakit tak? hihihi macam buah nangka masak bunyi kau jatuh bedebuk! 

Mereka bertiga ketawa geli hati.

CHUBAKA: wow..impressive! kita dah macam adik beradik pulak, kau dapat sikit kuasa yang aku ada sebab kita berkongsi darah. You are my Blood Sister hahaha!

Mardiah memeluk pinggang Chubaka gembira.

ZAFAR: yes! menakjubkan tapi sangat bagus, i like what happened to you now Di, cuma..

MARDIAH: cuma apa?

ZAFAR: lain kali kau pakai la any kind of pants boleh tak?.. kau tak boleh pakai skirt macam ni lagi Di, takut masa kau tergolek macam tadi-semua orang nampak panty lace warna merah kau tu wakakaka!

Chubaka ketawa bergolek2 di tengah halaman sambil memegang perutnya. Mardiah malu bila Zafar mengusiknya begitu, pipi dan telinganya merah, dia tumbuk bahu Zaf, tubuh Zaf melambung dan jatuh di celah perdu pokok pisang.

ZAFAR: adoiiii!!!

MARDIAH: ehh? Zaf!!! sori sori aku tak tolak kuat pun... aku memain jer-kenapa kau melambong pulak ni..? Zaf! kau ok tak?

CHUBAKA: wowww.. kita dah jumpa 1 lagi perubahan pada diri kau Di, kuatnya..Zaf!

ZAFAR: ghhh!..adehh..ye ye aku tau.. yang tak best nya aku pulak yang jadi mangsa! heh! adehdeh sakit bahu aku..

Ketiga2 mereka duduk bersila di tengah halaman itu sambil termenung dan berfikir.

CHUBAKA: jom balik tempat aku.

Chubaka bingkas bangun dengan pantas lalu menyambar kedua2 sahabatnya ke dalam pelukan dan mereka hilang. 



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 25, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

USIKAN SERIAUWhere stories live. Discover now