13

557 103 10
                                    

Jisung memeriksa halaman rumahnya. Baru sahaja tadi mereka berdua mendengar bunyi benda pecah.

Mata Jisung menangkap sesuatu. Dia tersenyum tipis.

"Apa benda yang pecah tu?" Jia mendekati Jisung.

Jisung hanya menggeleng dan mengajak Jia masuk semula.

Baru Jia perasan yang Jisung seorang sahaja di rumah ini. Di mana ibu bapanya?

"Jia, jom makan," Jisung menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Jia.

Sewaktu suapan yang ke-2, Jia merasakan kepalanya sakit. Sudu yang dipegang terjatuh.

Perlahan-lahan pandangannya menjadi hitam.

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Setelah memastikan Jia memang betul sudah terlena, Jisung mengatur langkahnya ke rumah Jia.

Dia perlu hapuskan manusia yang merosakkan kebahagiaan Jia.

Kelihatan sosok seseorang yang berjalan terhuyung-hayang. Dia yakin itu appa Jia.

Encik Kim masuk ke dalam rumah dan tidak menutup semula pintu, memudahkan Jisung menyelinap masuk.

Encik Kim membasuh mukanya. Cermin di depan dipandang, dan kelihatan Jisung memegang pisau.

Namun, tikaman itu dapat dielak. Encik Kim menolak Jisung dan pisau itu terlepas daripada genggamannya.

Encik Kim mencapai pisau itu dan melibas ke arah Jisung. Lengan Jisung tertoreh sedikit.

Lalu Jisung menendang lelaki itu sehingga kepala Encik Kim terkena dinding.

Melihat Encik Kim yang sudah tidak berdaya, Jisung mengambil kesempatan ini.

"APA KAU BUAT NI?!"

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Thanks yg still baca smpi chap ni 😚

Monster » Jisung [✓]Where stories live. Discover now