Sudah masuk hari yang ke-5, namun bayang Hayoung masih tidak muncul.
Jia menggigit bibirnya, menunjukkan betapa risaunya dia.
Lalu dia kembali semula ke dapur untuk menyediakan makanan buat keluarga Hayoung. Semenjak kehilangan sahabatnya, dia sering menjenguk keluarga Hayoung.
Jia berasa serba salah kerana Hayoung hilang ketika berada di rumahnya. Namun eomma Hayoung tidak menyalahkan dia.
Malah kata-kata sokongan tidak putus-putus diberikan kepada Jia. Jia amat terharu dengan keprihatinan keluarga tersebut.
Selesai mengemas, dia segera berangkat. Namun fikirannya tetap kepada Hayoung.
Jia... Gadis polos yang melayan orang lain dengan baik walaupun dirinya disakiti.
"Ahjumma, ni Jia!"
Mereka berdua berbual sebentar sebelum Jia meminta diri. Sebuah sampul surat dihulur kepada Jia namun dia menolaknya.
Senyuman manis diberikan sebelum dia menyambung langkahnya pulang ke rumah. Tidak, dia tidak perlu menerima apa-apa pemberian.
Kepalanya seperti menayangkan kembali momen manis bersama Hayoung. Dia tersenyum kecil.
Di saat orang lain menjauhi dirinya, Hayoung datang bagai cahaya dalam hidupnya.
Hayoung sering bersama dengannya tidak kira susah atau senang. Mana mungkin dia mampu membenci gadis itu.
Ting
Hayoung tersentak. Tentu... Dia salah dengar. Adakah dia bermimpi?
Dengan tangan yang terketar-ketar, telefon dikeluarkan. Matanya terbeliak.
Mesej daripada Hayoung.
⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅
YOU ARE READING
Monster » Jisung [✓]
Misterio / Suspenso- Malay, PJS's Fanfiction "I wanna put you in the past 'cause I'm traumatized" -Memories, Conan Gray. • Start: 17.3.2021 • End: 17.4.2021 • Status: COMPLETE ✓ by @fairyrh