Part 1

11 1 0
                                    

Untuk kesekian kalinya, Aimi menatap wajahnya yang disolek penuh indah bak bidadari kayangan. Wajah gusar Liyana dipandangnya sekilas. Sengihan kecil terbentuk dibibir mulusnya. Siapa yang nak kahwin sebenarnya ni? Terlebih kalut pulak budak ni.

"Ishh..engkau ni boleh pulak kau ketawa waktu-waktu macam ni? Engkau tak takut ke Aimi? Sempat lagi la kalau kau nak batalkan semua ni?". Perkataan yang sama keluar dari mulut Liyana sejak seminggu yang lepas lagi. Aimi merenung sahabatnya sekilas sebelum kembali memandang cermin dihadapannya.

" Aku tak rasa la si Akif tu akan datang majlis ni. Daripada kau malukan diri kau dan keluarga kau baik kau batalkan majlis ni Aimi. Aku tak nak kau menyesal nanti."

"Yana, aku dah nekad. Majlis ni tetap akan diteruskan. Tak peduli la Akif datang atau pun tak."

"Kau ni dah gila agaknya. Mana kau nak cekup pengantin lelaki kalau si Akif tak guna tu tak datang?"

"Kan ramai yang ada kat luar tu. Aku ni kan lawa. Takkan la takde orang yang sudi kot. " Pap! Satu hinggapan tamparan hinggap dibahunya. Aimi mengaduh kecil.

"Kau main-mainkan. Serius aku cakap ni Aimi. Sempat lagi kalau kau nak batalkan majlis ni."

"Yana, aku takkan batalkan majlis ni. Kalau Akif tak datang sekalipun aku takkan salahkan dia. Semua ni berpunca dari aku. Jadi aku yang akan tanggung semuanya."

"Kau masih nak menangkan jantan tak guna tu kan? Kau ni baik sangatlah Aimi."

"Aku bukannya baik. Aku Cuma redha dengan apa yang Tuhan berikan pada aku. Mungkin ini lah balasan atas apa yang aku buat."

"Balasan? Kesalahan apa yang kau dah buat? Salah kau sebab kau setia? Atau salah kau yang memilih untuk terus mencintai walau tahu ianya sia-sia?"

"Aku tak boleh paksa dia untuk cintakan aku sedang dia cintakan yang lain. Dan pada masa yang sama aku tak boleh putuskan perjanjian kami hanya kerana dia cintakan yang lain. Kau fahamkan maksud aku, Yana. Bukan dia yang pinta untuk cintakan yang lain dan lukai aku. Ini semua kehendak Tuhan. Kami hanya mampu berserah segalanya pada takdir. Sebab ini takdir yang tertulis untuk kami."

Liyana mengeluh." Takdir sebegini takkan wujud kalau kau tak biarkan situasi korang jadi macam ni. Semuanya kerana alasan bodoh kau yang masih setia sedangkan kau tahu dia pilih yang lain. Aimi, aku tahu kau tak cintakan Akif. Tapi kenapa kau masih nak teruskan semua ni? Jangan jadikan kesetiaan kau tu sebagai alasan. Kau setia untuk siapa sebenarnya? Seriously, aku tak faham dengan pemikiran geliga kau ni."

" Kau takkan faham Aimi. Apa yang aku lakukan sekarang ni bukan hanya berlandaskan kesetiaan. Ini adalah untuk maruah aku, jati diri aku. Aku yang pinta perhubungan ini, jadi aku takkan putuskannya. Aku takkan jadi seorang yang mungkir janji. Janji yang aku tuturkan sewaktu kali pertama kami diikat. Andainya Akif tak datang majlis hari ni, biarlah dia yang menjadi puncanya. Aku rela dimalukan dihadapan dunia daripada malu pada diri sendiri."

" Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Terpulang la pada kau Aimi. Aku Cuma harap kau takkan menyesal dikemudian hari."

************************************************************************************************************

Suami Tak KujangkaWhere stories live. Discover now