15 minit. 30 minit. 45 minit. 1 jam. 1 jam 30 minit. 2 jam. Orang ramai mulai panas punggung. Ada juga yang berura-ura mahu pulang.
"Mana pengantin lelaki ni? Sangkut jem ke apa?"
"Hmm..jadi ke majlis ni?macam tak je."
"Lambat lagi ke boleh makan eh? Perut aku dah lapar dah ni."
"Make-up aku dah cair weii.. punggung aku pun dah naik kemutu ni."
"Eh..eh..tu pengantin lelaki kan? Asal dia pakai t-shirt weii?"
"Tak sempat tukar baju kot. Eh perempuan mana pulak kat sebelah dia tu? Adik dia ke?"
Mata Aimi segera memandang kearah pasangan yang sedang hangat dibicarakan ramai. Kelihatan dimatanya, Akif yang hanya berpakaian t-shirt polo dan seluar jeans hitam sedikit sebanyak mengamit perasaan kecewa pada diri Aimi. Benar telahan Liyana, ternyata pilihan lelaki itu adalah gadis itu bukan dirinya. Apa sebenarnya yang kau harapkan, Aimi?
"Aimi boleh kita bercakap sekejap?" soal Akif saat berdepan dengan gadis tunangannya yang indah bersimpuh di tengah-tengah bulatan bak bidadari menanti sang bidadara menjemputnya pulang ke kayangan. Jujur terpandangkan gadis membuatkan hatinya bergoncang hebat. Ahh..gadis itu terlalu cantik pada pandangan manusia. Adakah aku silap jika melepaskan gadis secantik dan sebaik Aimi?
Aimi hanya menurut langkah jejaka tersebut. Di perkarangan masjid, Aimi memandang wajah Akif yang berkerut seribu. Entah apa yang ada dipikiran lelaki itu.
"Saya mintak maaf Aimi. Saya terpaksa lepaskan awak. Saya harap awak tak salahkan saya." Aimi mengangguk seakan memahami.
"Saya tahu dan saya faham. Cuma saya harap awak takkan menyesal dengan keputusan yang awak buat. Awak tahukan kesan daripada keputusan awak ni. Semua harta Nenda Jasmin takkan jatuh kepada awak sekiranya majlis kita cancel."
"Ya..saya tahu. Awak tak perlu jelaskan balik semua tu. Saya pilih cinta bukan harta. Dan saya yakin saya takkan menyesal."
"Kenapa cepat sangat awak berputus asa? Sedangkan boleh je kalau awak teruskan perkahwinan kita dan selepas harta Nenda Jasmin jatuh ke tangan awak, ceraikan saya."
"Aimi saya tak sekeji tu. Saya takkan pergunakan awak. Cukuplah selama ni awak jadi hamba cinta kepada saya. Kali ni saya lepaskan awak dan saya harap awak jugak akan lepaskan saya."
Wajah Aimi beriak kosong. Enggan mengulas lanjut, Akif berlalu dari situ. Aimi mengenggam tangannya kuat. Cuba menyalur kekuatan yang masih bersisa pada tubuhnya. Hembusan berat dilepaskan. Jadi inikah kesudahan kisah kami? 10 tahun kesetiaannya akhirnya lebur dihembus api bahana cinta orang ketiga.
' Terpaksaku terima itu hakikatnya. Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta. Kau percik api membakar kenangan lama, aku tak tahu menilai cintamu, aku tak mampu pertahankan. Tinggalkanku perlahan-lahan ku terima, semakin ku sakit semakin kau Bahagia.
************************************************************************************************************
YOU ARE READING
Suami Tak Kujangka
RandomBukan aku pinta semuanya berakhir seperti ini. Tapi ini adalah takdir yang tertulis untuk kita. "Kali ni saya lepaskan awak dan saya harap awak jugak akan lepaskan saya." "Aimi Natasya Mohd Rashidi, dah sedia nak jadi isteri saya?" "I am." - Aimi Na...