Part 3-ENDING-

9 1 0
                                    

"Itu bakal pengantin lelaki ke?" Aimi menoleh kearah suara yang menegur. Lambat-lambat dia mengangguk mengiakan.

"Bakal pengantin tak jadi."

"Laa..tak jadi ke? Habis tak boleh makan la ni? Saya dah hampir kebulur dah menunggu majlis awak selesai." Aimi tersengih kecil seraya membalas.

"Jangan risau saya takkan biarkan encik pulang dalam keadaan kebuluran. Jemputlah ke rumah. Makanan dah dihidangkan. Tinggal untuk dijamu je. Rumah saya kat depan tu je. Jalan kaki 5 minit sampai." Aimi tersenyum lagi. Sang jejaka seraya membalas.

"Kiranya majlis akad tak jadi la nii?"

"Kalau encik sudi gantikan tempat pengantin lelaki In sha Allah biiznillah majlis akad boleh diteruskan." Sahut Aimi seraya bersenda.

"ouhh..boleh ganti-ganti ke? Berapa lama nak kahwin?"

"Untuk selamanya?"

"Ouhh.. Menarik. Ok jom kahwin."

"Eh..sebelum tu boleh saya tahu nama awak?"

"Aimi Natasya Mohd Rashidi."

"Cantiknya nama." Jejaka itu tersenyum kecil sebelum menerus bicara.

"Aimi Natasya Mohd Rashidi, dah sedia nak jadi isteri saya?"

"I am."

Dengan hanya sekali lafaz, Aimi Natasya sah menjadi bidadari kepada sang Bidadara yang datang menjemputnya ke kayangan cinta. Sesungguhnya takdir mereka tersangat indah. Yang pasti, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Dan sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Buat kesekian kalinya, Aimi memandang tubuh sang jejaka yang berada dikahalyak ramai. Hatinya merasakan sebuah ketenangan bersalut damai. Aura lelaki tersebut terlalu kuat sehingga mampu mengegarkan hati kecilnya sedang jarak mereka tidak terlalu dekat.

'Ya Tuhan jadikanlah lelaki ini sebaik-baik insan untukku dan jadikanlah aku sebaik-baik wanita untuknya. Limpahkan kepada kami kasih sayang keranaMu. Jadikan dia imamku yang mampu mempimpin ku ke syurgaMU. Dan jadikanlah aku sebagai makmumnya yang mampu berdiri disampingnya Ketika di Syurga kelak. Doa Aimi penuh tulus.

Seketika mata Aimi menangkap kelibat sang jejaka yang menghampiri ayahnya berkata sesuatu sebelum berlalu ke ruangan solat seraya mengangkat takbir.

Ya... itu adalah suaminya kini. Suami yang tak dijangka.

Boleh jadi kamu meyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu dan boleh jadi kamu membenci sesuatu sedang ia baik bagi kami.

************************************************************************************************************

Suami Tak KujangkaWhere stories live. Discover now