Bab 1

27 4 0
                                    


“TAHNIAH.” Zafwan menegur Yusof.

“Terima kasih.”

“Puas hati kau?"

“Puas hati?”

“Sebab kau dah rampas Zulaikha daripada aku. Kau takkan bahagia. Aku akan pastikan hidup kau haru-biru.”

“Kau bukan Tuhan nak tentukan aku bahagia ke tak.”

Zafwan tersenyum sinis.

Sebaik sahaja akad nikah selesai, tiba-tiba Zulaikha menjerit nyaring sebelum pengsan tidak sedarkan diri.

Keadaan menjadi kecoh.

Yusof merangkul Zulaikha.

Hamidah cemas.

Zafwan pula tersenyum puas.


****

“MAKKK! Makkk!” Zulaikha menyepak pintu bilik. Memaksa Hamidah membuka pintu.

Hamidah dan Yusof yang berada di ruang tamu masing-masing terdiam.

“Mak buka pintu ni mak. Zue nak jumpa abang Zafwan.” Berkali-kali Zulaikha menjerit. Zulaikha juga menangis teresak-esak merayu agar Hamidah membuka pintu biliknya.

“Kesian kau Yusof. Baru lepas nikah jadi macam ni. Meracau tak tentu hala nak jumpa Zafwan.”

“Ujian kami mak.”

“Makkkk! Buka pintu ni mak. Abang Zafwan tunggu Zue tu mak. Zue tak nak abang Zafwan tinggalkan Zue. Mak dengar tak ni mak. Mak pekak ke apa ni hah? Buka aku cakap. Bukaaa!”

Zulaikha menjerit semakin nyaring.
Pintu ditendang beberapa kali.

Hamidah dan Yusof saling berpandangan.

BIDADARI MENCARI SYURGA Where stories live. Discover now